Buletin

MUDAH.MY DAN MUV JALIN KERJASAMA. BELI KERETA TERPAKAI LENGKAP JAMINAN DENGAN PROGRAM mVIP

Mudah.my dan platform membida kenderaan dalam talian, MUV menjalin bekerjasama untuk menawarkan pilihan paling luas kereta terpakai yang telah diperiksa lengkap dengan jaminan di Malaysia. 

Menerusi kolaborasi strategik ini, Mudah.my akan memperkenalkan program Mudah Vehicle Inspection & Protection (mVIP). Program itu bertujuan memberi jaminan dan ketenangan minda kepada pelanggan yang ingin membeli kereta terpakai. Ia melibatkan tiga aspek iaitu pertama, pengesahan pendaftaran kenderaan dan perincian pemilikannya.  

Kedua, mengesahkan kondisi sebenar kenderaan melalui proses pemeriksaan yang komprehensif. Ketiga, menawarkan peluang kepada pembeli untuk mendapatkan jaminan lanjutan bagi melindungi mereka daripada kos pembaikan pada masa depan. 

Mudah.my dan MUV percaya penggunaan teknologi mampu membuatkan urusan penjualan dan pembelian kereta terpakai lebih mudah serta telus. Laman e-dagang itu kini mempunyai lebih 7.5 juta pengunjung unik setiap bulan dan lebih 60,000 buah kereta untuk dijual. 

Dengan adanya rangkaian pemeriksa terlatih untuk menyediakan laporan secara dalam talian oleh MUV, mVIP mampu menawarkan pilihan kereta terpakai paling luas lengkap bersama jaminan kepada pengguna di Malaysia. 

“Kami faham bahawa kondisi sebenar kereta terpakai menjadi masalah terbesar kepada pembeli dan penjual. Melalui mVIP, kami menyediakan satu platform jual beli kereta yang boleh dipercayai kerana kondisi kenderaan dinyatakan dengan telus. 

“Bagi memberi ketenangan minda, kami juga menawarkan jaminan lanjutan ke atas kereta yang diperiksa di bawah program mVIP,” kata Ketua Pegawai Ekskutif Mudah.my, Gaurav Bhasin. 

MUV menyediakan kepakaran dari segi pemeriksaan kenderaan terpakai menerusi rangkaian hab dan pusat di seluruh negara. Jika pelanggan tidak dapat datang ke pusat pemeriksaan, MUV boleh menghantar pasukan ke rumah bagi membuatkan proses jual beli kereta terpakai lebih mudah. 

“Laporan 180 poin pemeriksaan MUV telah digunakan pakai dalam transaksi bernilai RM1.2 bilion di platform kami. Laporan tersebut diterima baik oleh pengedar di seluruh negara dan membantu mereka menjual beli kenderaan terpakai tanpa perlu melihatnya terlebih dahulu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MUV, Andy Teh.

Untuk memudahkan individu menjual kereta, Mudah.my dan MUV turut menawarkan perkhidmatan secara menyeluruh. Ia merangkumi pemindahan pemilikan (JPJ), pemeriksaan kereta (PUSPAKOM) dan pembiayaan dengan yuran tetap yang murah. Langkah itu tidak memerlukan pelanggan mendapatkan khidmat orang tengah yang caj mereka mungkin agak tinggi. 

“Hari ini, Mudah.my merupakan platform terbaik untuk pemilik kenderaan mendapat untung apabila menjual kereta. Mereka boleh mendapat 20 hingga 40 peratus lebih banyak apabila menjual kereta di Mudah.my,” kata Ketua Mudah Auto, Peter Wong. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: mudah.my/mvip/ atau muat turun aplikasi Mudah.my  

Google ads
Back to top button