Buletin

PELANGGAN TIDAK SUKA BERURUSAN DENGAN BENGKEL KERETA – KAJI SELIDIK  WARRANTYWISE UK 

Satu kaji selidik yang dilakukan oleh Warrantywise, syarikat jaminan terkemuka di UK  mendedahkan bahawa orang ramai tidak gemar berurusan dengan bengkel kereta berbanding perniagaan lain. 

Keputusan itu menyaksikan pekerja bengkel mengalahkan agen hartanah di tempat kedua, diikuti oleh tukang paip, juruelektrik dan penyedia perkhidmatan telefon.

Kaji selidik yang melibatkan 1,320 orang responden itu menunjukkan bahawa pelanggan selalu keliru dengan istilah-istilah teknikal. Sebagai contoh, 74 peratus responden mengakui mereka tidak tahu alat ganti yang selalu rosak seperti penapis partikel diesel (DPF) ada apakah fungsinya. 

Perasaan itu dirasai oleh golongan wanita (78 peratus) dan lelaki (62 peratus). Jadi, mereka bimbang untuk membawa kereta ke bengkel dan ditipu.

Masalah lebih besar dialami oleh pengedar kenderaan apabila 96 peratus pengguna rasa mereka perlu membayar kos lebih tinggi berbanding bengkel-bengkel bebas.

“Industri automotif beranggapan ia menawarkan perkhidmatan yang mesra dan profesional kepada pelanggan. Sedangkan hakikatnya pengguna masih bimbang ditipu dengan istilah yang mereka tidak faham. 

“Kita melihat semakin ramai pelangan membeli lebih banyak jaminan. Bukan sahaja mereka takut terhadap jumlah bil yang tinggi, tetapi mahu kami yang berurusan dengan bengkel dan mengurangkan tekanan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Warrantywise, Lawrence Whittaker. 

Warrantywise ialah pakar pelan penyelenggaraan dan jaminan servis yang terbaik di UK. Ia menyediakan jaminan lanjutan ke atas semua jenama dan model kenderaan, sama ada untuk individu atau syarikat.

Google ads
Back to top button