Artikel Pilihan

JALAN YANG PALING BERBAHAYA DI DUNIA. SILAP SIKIT BOLEH MAUT

Sepanjang tahun 2020 ini penulis banyak kali menggunakan jalanraya Timur-Barat Grik ke Jeli atas urusan keluarga. Setiap kali lalu pasti penulis akan menjumpai kemalangan yang melibatkan kereta terbabas dan terbalik dengan semua tayar di atas. Minggu lepas sebuah Proton Saga dan minggu ini pula Perodua Alza. Semua kes berlaku dalam cuaca hujan.

Jika anda rasa jalan ini bahaya, sebenarnya ada banyak lagi jalan yang bahaya di dunia ini yang dilalaui setiap hari, tidak berturap dan mengorbankan puluhan nyawa pengguna setiap tahun. Ini senarai jalanraya maut di seluruh dunia.

1. Skippers Canyon Road (New Zealand) – merupakan jalan tidak berturap terletak di New Zealand sepanjang 26.5km yang hanya boleh dilalui oleh satu kereta sahaja dalam satu-satu masa. Jalan ini sebenarnya dipahat dari tepian gunung bermula dari tahun 1890 dan mengambil masa 7 tahun untuk dibina. Ia pada mulanya digunakan untuk menghubungkan ke lombong emas namun sekarang menjadi tumpuan pelancong.

Macam tak ada tempat lain nak pergi, Legoland Mentakap pun tak bahaya.

2. Taroko Gorge Road – terletak di Taiwan dan merupakan jalan sepanjang 19km yang sangat bahaya kerana terdapat selekoh sempit, selekoh titik buta, tanah runtuh, batuan gunung mungkin boleh jatuh, banjir dan gempa bumi yang boleh melanda pada bila-bila masa. Jalan Taroko Gorge merupakan jalan yang dipahat menerusi gunung

Walaupun bahaya, disebabkan ia menawarkan pemandangan yang cantik jalan ini tetap menjadi tarikan pelancong yang datang melawat dengan bas, kereta, motor dan juga basikal. Pihak berkuasa tempatan juga berdepan dengan cabaran untuk menjaga jalan ini disebabkan hujan lebat dan ribut taufan yang selalu melanda

3.  Karakoram Highway- ia meruakan sebuah lebuhraya sepanjang 1300km yang menghubungkan Pakistan dan juga China, namun dibina pada ketinggian 1500m dari aras laut. Jadi anda jangan bayangkan ia seperti lebuhraya di Malaysia dengan 4 lorong walaupun percuma. Pembinaan bermula dari tahun 1966 dan siap pada tahun 1979 namun hanya dibuka pada tahun 1986.

Sesetengah laluan ini menggunakan Jalan Sutera yang [ernah dilalui oleh pedagang China yang lama. Antara risiko melalui jalan ini ialah tanah runtuh, ketulan batu yang jatuh bergolej, banjir, runtuhan salji, binatang ternakan berkeliaran dan juga pemandu tempatan yang memandu secara melulu.

4. Nanga Parbat Pass – merupakan jalan sepanjang 10km sahaja yang bersambung dengan Karakoram Highway dengan Kampung Tato, Pakistan. Namun ia merupakan seksyen yang paling mengerikan kerana jalannya hanyalah boleh dilalui oleh kenderaan 4×4, tidak berturap dan perlu mendaki 2400m dalam jarak yang singkat. Tiada penghadang keselamatan disediakan di sepanjang laluan

5. North Yungas Road (“The Road of Death”) – jika anda ingat rancangan TV Top Gear yang menampilkan Jeremy, James dan Richard pernah mengadakan pengambaran di laluan ini. Ia dikenali dengan nama laluan maut disebabkan pernah meragut sehingga 300 nyawa pada tahun 1994 sahaja. Laluan ini menghubungkan bandar La Paz ke Coroico sepanjang 80km tapi dengan satu laluan sahaja.

Kebanyakan laluan ini tidak berturap, merangkumi 200 selekoh sepit rambut dan jika anda tersilap arah anda akan terjunam 3000kaki ke hutan Amazon di bawah, dan tiada penghadang jalan disediakan di laluan ini. Keadaan akan bertambah sukar jika hari mulai berkabus. Gabungan kabus, tanah runtuh, dan jalan sempit ini memang menyebabkan ramai terkorban

6. James Dalton Highway (Alaska) – dinamakan bersempena dengan nama seorang jurutera petroleum yang menyumbang kepada pembangunan Alaska dalam industri gas dan minyak. Jalan ini dibangunkan bagi menyokong Trans-Alaska Pipeline digunakan oleh kebanyakan pemandu trak bagi membawa kemudahan kemudahan logistik aktiviti gas dan minyak

Jalan ini adalah sepanjang 666km, namun hanya 1/3 sahaja yang diturap dan 2/3 laluan ini menggunakan jalan tidak berturap, berais dan melalui tasik serta sungai yang berais sebagai jambatan. Tiada kemudahan perubatan disediakan dan pemandu lori dinasihatkan untuk membawa alat serta kit kecemasan jika lori mereka rosak dan terperangkap di laluan bersalji dan berais.

Antara bahaya yang menanti pemandu ialah ribut salji, jarak penglihatan yang rendah, jalan tidak berturap, laluan mendaki, terdedah pada serangan beruang dan jika berlaku kemalangan bantuan amat lambat sampai

Google ads
Back to top button