Buletin

NISSAN UMUM HARGA RASMI ALMERA TURBO. 3 VARIAN, BERMULA RM79,906 SEUNIT

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini secara rasminya mengumumkan harga Nissan Almera Turbo serba baharu yang ditawarkan dalam tiga varian.

Semenanjung Malaysia (Harga di atas jalan tanpa insurans dan cukai jualan):

  • Varian VL:     RM79,906
  • Varian VLP:   RM85,715
  • Varian VLT:   RM91,310

Sabah/Sarawak (Harga di atas jalan tanpa insurans dan cukai jualan):

  • Varian VL:     RM82,406
  • Varian VLP:   RM88,215
  • Varian VLT:   RM93,810

Jaminan perbatuan tanpa had kenderaan selama 5 tahun hadir sebagai standard pada semua varian Nissan Almera Turbo, bersama servis penyelenggaraan percuma sebanyak 5 kali (berselang-seli) termasuk alat ganti dan kos buruh dalam tempoh 5 tahun.

ETCM turut menawarkan pakej sewa beli istimewa melalui Promosi Pembiayaan Flexi seperti berikut:

  • Varian VL:     RM688 sebulan
  • Varian VLP:   RM738 sebulan
  • Varian VLT:   RM 788 sebulan

* Berdasarkan kepada harga On-the-road Semenanjung Malaysia dengan jumlah pinjaman 90%, tempoh pinjaman selama 9 tahun dan sah sehingga 31 Disember 2020.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli insurans daripada Tan Chong Insurance Business Stream (TCIBS) untuk Nissan Almera Turbo mereka akan menerima Perlindungan Kemalangan Peribadi (PA) dengan jumlah diinsuranskan sehingga RM75,000, bayaran perlindungan Key Care sehingga RM1,500 dan elaun Bantuan Banjir sehingga RM1,500.

Orang ramai juga dijemput untuk merasai sendiri pengalaman memandu Nissan Almera Turbo serba baharu di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara dan berpeluang memenangi 10 unit iPhone SE (128GB) bernilai RM2,199 setiap satu apabila mereka memandu uji Nissan Almera Turbo.

Pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM88,888 dalam Peraduan Beli & Menang apabila mereka membeli dan mendaftarkan Nissan Almera Turbo serba baharu bermula November hingga Disember 2020.

Ketiga-tiga varian Nissan Almera Turbo hadir dengan enjin Turbo  HR10DET 1.0 liter serba baharu  yang dipadankan dengan kotak gear X-TRONIC CVT generasi seterusnya bersama D-Step Logic dan mode Sport.

Ia mampu menjana kuasa maksimum 100PS dan  tork setinggi 152Nm (julat tork yang rata) pada rpm serendah 2,400 hingga 4,000, pada masa sama menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan iaitu 18.4km/l (5.4L/100km).

Tidak ketinggalan, sistem bantuan pemandu termaju Nissan Intelligent Mobility seperti Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (Intelligent Forward Collision Warning, IFCW) dengan Brek Kecemasan Hadapan Pintar (Intelligent Forward Emergency Braking, IFEB).

Spesifikasi terperinci adalah seperti berikut:

Nissan Almera VL (Peralatan Standard)

Mekanikal

  • Enjin Turbo HR10DET 1.0 liter
  • X-TRONIC CVT dengan D-Step Logic dan mode Sport

Luaran

  • Lampu utama jenis halogen dengan fungsi Auto On/Off
  • Lampu kabus hadapan halogen dengan lampu nyalaan siang (DRL) halogen
  • Cermin sisi boleh lipat dan boleh ubah secara elekrik dengan lampu isyarat membelok LED
  • Lampu kombinasi belakang dengan lampu kabus LED
  • Peresap udara sport dengan warna badan (belakang)
  • Bampar belakang dengan kemasan gentian karbon
  • Rim aloi berwarna perak bersaiz 15” (195/65 R15)

Dalaman

  • Kunci Pintar (i-Key) dengan butang penghidup enjin dan ciri pelumpuh enjin
  • Corong pendingin hawa sisi dengan kemasan perak dan hitam berkilat  
  • Stereng urethane rata pada bahagian bawahnya yang sporty bersama kemasan krom mat, suis kawalan audio dan Bluetooth bebas tangan
  • Tuil gear Urethane dengan kemasan gentian karbon
  • Tuil gear dengan kemasan hitam berkilat dan perak
  • Kemasan gentian karbon pada perumah kluster meter, tuil gear & perehat tangan pintu  
  • Stereng teleskopik boleh laras
  • Fine Vision Meter dengan paparan multi-info
  • AM/FM, iPod, AUX, Bluetooth, 4 unit pembesar suara dan 3 x port USB
  • Sistem pendingin hawa manual
  • Kelajuan pengelap cermin boleh ubah
  • Konsol tengah hadapan dengan perehat tangan
  • Tempat duduk sport semi bucket diinspirasikan daripada graviti sifar dengan kemasan fabrik berwarna kelabu
  • Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40 dengan perehat tangan dan ruang meletak minuman 

Keselamatan

  • Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (Intelligent Forward Collision Warning, IFCW) & Brek Kecemasan Hadapan Pintar (Intelligent Forward Emergency Braking, IFEB)
  • 2 beg udara SRS
  • Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Brek Bantuan (BA), Bantuan Mula Mendaki (Hill Start Assist, HSA)
  • ISOFIX dengan Top Tether (x2)

Nissan Almera VLP (Tambahan)

Luaran

  • Rim aloi dua tona 16” (205/55 R16)

Dalaman

  • Papan pemuka dua tona dan kemasan lembut berwarna kelabu pada panel instrumen dengan jahitan berkembar
  • Stereng rata pada bahagian bawahnya dibalut kulit bersama suis audio, Bluetooth & Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
  • Tuil gear dibalut kulit dengan kemasan krom
  • Tempat duduk sport semi bucket diinspirasikan daripada graviti sifar dengan kemasan kulit berwarna kelabu
  • Meter paparan semi digital warna sepenuhnya bersaiz 7”
  • Paparan skrin sentuh audio bersaiz 8” dengan ketersambungan Apple CarPlay™ dan 6 unit pembesar suara
  • Kawalan suhu automatik
  • Kemasan krom pada hendal pintu

Keselamatan

  • 6 beg udara SRS
  • Kamera undur  

Nissan Almera VLT (Tambahan)

Luaran

  • Lampu utama LED dengan fungsi Auto On/Off
  • Lampu kabus hadapan LED & Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED
  • Spoiler belakang (hitam berkilat)

Dalaman

  • Kawalan Jelajah

Keselamatan

  • Monitor Pemandangan Keliling Pintar (IAVM); 4 unit kamera 3600
  • Pengesan Objek Bergerak Pintar (Intelligent Moving Object Detection, IMOD)
  • Amaran Titik Buta (Blind Spot Warning, BSW)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (Rear Cross Traffic Alert, RCTA)

Nissan Almera Turbo didatangkan dalam enam warna dinamik. Tiga warna serba baharu ialah merah, oren dan kelabu. Manakala warna-warna popular seperti putih, hitam dan perak turut ditawarkan.

GALERI

Google ads
Back to top button