Buletin

JANGAN ABAIKAN PANGGILAN SEMULA KERETA HONDA ANDA!

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) mengesahkan bahawa beg udara Takata pada model City dalam dua kemalangan gagal berfungsi.

Honda-City-Takata-recal-mekanika (3)

Kegagalan itu menyebabkan pemandunya meninggal dunia. Biarpun begitu, punca kematian masih belum dinyatakan secara rasmi.

Kemalangan pertama yang berlaku pada 16 April 2016 melibatkan sebuah Honda City 2016 di Sabah. Pihak polis mengesahkan bahawa beg udara kereta tersebut pecah. Kereta itu terlibat dalam proses panggilan semula untuk menukar SDI inflator beg udara yang diumumkan pada 21 Mei 2015.

Insiden kedua pula berlaku pada 1 Mei lalu di Kedah. Masalah sama dialami oleh  Honda City 2003. Kereta itu sepatutnya menukar SDI inflator selepas diumumkan pada 8 Disember 2014.

Honda-City-Takata-recal-mekanika (2)

Honda Malaysia nyata bimbang dengan sikap pemilik kenderaan yang masih belum mengambil tindakan untuk memeriksa kenderaan Honda masing-masing.

Justeru, Honda Malaysia menggesa para pemilik kenderaan yang terlibat dalam proses panggilan semula akibat beg udara Takata supaya membawanya ke pusat servis bertauliah Honda untuk diperiksa secepat mungkin.

Anda boleh memeriksa status kenderaan di pautan ini, hubungi talian 1-800-88-2020 atau kunjungi mana-mana pengedar Honda berhampiran.

Google ads
Back to top button