Modifikasi

MITSUBISHI GRANDIS CHARIOT RALLIART

Semuanya bermula lebih 10 tahun lalu apabila saya membuat keputusan untuk memilih MPV sebagai kenderaan keluarga.

Mitsubishi-Grandis-Chariot-Ralliart-mekanika (11)

Ambil masa berbulan juga nak pilih samada jenis yang midi MPV (Wish/Citra?Premacy/Stream) atau saiz penuh macam Estima, Naza Ria dan sebagainya.

Disebabkan semangat JDM yang sangat menebal, saya akhirnya beli kereta yang tak pernah orang fikir. Mazda MPV LW5W. Enjin 2.5 V6, pintu sliding dan lebih murah berbanding Naza Ria atau Estima ACR30.

Mitsubishi-Grandis-Chariot-Ralliart-mekanika (7)

Ternyata, itulah pilihan terbaik. Memang besar dan selesa untuk membawa barang sebab ruang bagasinya sama design macam Estima ACR50. Ada ‘slope’ yang boleh bawa bukan sahaja beg, malah almari pakaian sekali gus.

Masuk ke fasa kedua, saya rasa Mazda MPV terlalu besar. Jadi saya survey MPV midi pula. Tengok Stream, Mazda 5, Premacy dan Mitsubishi Chariot Grandis ini yang kod badannya ialah N84W.

Mitsubishi-Grandis-Chariot-Ralliart-mekanika (8)

Apakah potensi Grandis ni? Antara enjin yang boleh diterima ialah siri 4G63 terbalik. Ini sudah bagus! Helmi pilih enjin RVR N73W yang merupakan kembar Grandis untuk versi SUV.

Tambah gembira apabila pomen bagitau mounting 100 peratus sama. Wiring pula majoriti plug and play. Suspensi, brek, kotak gear, crossmember bawah semua boleh salin tanpa sebarang masalah!

Mitsubishi-Grandis-Chariot-Ralliart-mekanika (2)

Untuk menampakkan rupa garang sebab enjin 4g63 ni memang champion secara teknikalnya. Jadi Helmi pun tukar penutup rocker asal kepada Evo 7. Rancangan seterusnya nak pindahkan intercooler top mount ni ke bumper depan.

Setakat ini, yang ditukar ialah blof-off Greddy Type S, air filter honeycomb HKS dan sistem ekzos piping stanless steel depan sampai belakang bersaiz 2.5inci dengan muffler subaru STi.

Mitsubishi-Grandis-Chariot-Ralliart-mekanika (10)

Kita maklum bahawa Jepun memang buat pelbagai akseosri aftermarket untuk keretanya. Suspensi misalnya, kalau nak selesa orang cakap jangan guna jenis adjustable. Tetapi kalau model TEIN Super Wagon, naik 2 orang lebih selesa daripada yang standard.

Ia jadi pilihan Helmi, selain menyalin semua brek lengkap daripada RVR turbo kepada Grandis miliknya. Sebagai maklumat tambahan, brek Grandis standard belakang guna drum. Gila kuno.

Mitsubishi-Grandis-Chariot-Ralliart-mekanika (15)

Bahagian dalaman kereta ni istimewa sebab konfigurasi tempat duduk yang pelbagai. Walaupun tidak banyak modifikasi boleh dibuat, tempat duduk guna Recaro Tommi Makkinen. Sistem audio ditingkatkan dengan monitor TFT dan pemain DVD.

Bahagian luar rupa-rupanya ada banyak versi di Jepun. Helmi kemudian ambil keputusan pilih bodypart Grandis edisi Ralliart.

Mitsubishi-Grandis-Chariot-Ralliart-mekanika (14)

Beberapa aksesori dicari seperti pembersih lampu depan, lampu utama HID JDM, lampu belakang lensa jernih, bonet depan yang dikahwinkan dengan skup Air Trek Turbo, sunroof berkembar JDM, spoiler belakang Grandis FM Aero, tangga edisi terhad Terzo (plug n play Grandis) dan akhir sekali pelekat garis badan yang meniru semula skema model Grandis Chariot JDM.

Soalannya. Berapakah harga pasaran Grandis Chariot ni?

Mitsubishi-Grandis-Chariot-Ralliart-mekanika (13)

Kalau nasib baik boleh dapat harga Viva saja. Harus diingat, dulu harganya cecah RM150,000 untuk varian Super Exceed. Boleh beli dan buat pelan-pelan.

Google ads
Back to top button