
JARI-MATTI LATVALA BERSEDIA UNTUK CABARAN EUROPEAN HISTORIC RALLY CHAMPIONSHIP
Pemenang rali WRC sebanyak 18 kali yang juga merupakan Prinsipal pasukan Toyota Gazoo Racing, Jari-Matti Latvala sedang bersiap sedia untuk cabaran baharu minggu ini bagimemulakan kempen sulungnya dalam FIA European Historic Rally Championship (EHRC).
Bekas pemandu rali WRC berusia 39 tahun itu akan memandu kereta Toyota Celica Turbo 4WD milik beliau sendiri yang cukup legenda di Rally Costa Brava, menandakan permulaan pengembaraan baharu yang menarik untuk beliau. Akan tetapi ia kembali ke barisan hadapan WRC di Rali Secto Finland hampir dua tahun lalu yang telah menghidupkan semula semangatnya untuk kembali bersaing.
Menurut Jari-Matti Latvala ketika beliau memutuskan untuk bersara daripada WRC pada tahun 2019 ternyata ianya mengambil masa yang agak lama untuk menyedari betapa rindunya akan dunia rali sehinggalah beliau kembali semula berlumba pada tahun 2023 di Finland.
Malah ketika mengambil tugasan sebagai Prinsipal pasukan perasaan dan keinginan untuk kembali memandu dan berlumba tidak dapat dinafikan dan kali ini telah benar – benar bersedia untuk menikmatinya sekali lagi. Untuk rekod, Jari-Matti Latvala telah pun mengambil bahagian sewaktu perlumbaan Artic Rally pada awal tahun ini dengan memandu Toyota Celica Turbo 4WD.
Untuk beraksi dalam perlumbaan sulung EHRC , kereta lumba yang serupa akan disediakan oleh pasukan beliau sendiri di Finland.

“Salah satu kereta kegemaran saya,” ujar Jari-Matti Latvala, “Ianya merupakan Toyota Celica ST185 dan tahun 1993 ketika Juha Kankkunen memenangi kejuaraan WRC. Ini seperti impian saya, untuk memandu kereta itu dalam pertandingan. Dan kini ia akan berlaku. Sungguh menggembirakan Juha kembali bersama pasukan – kami telah banyak bercakap tentang kereta ini dan masanya di bersama kereta ini.”
Perlumbaan EHRC ini akan membolehkan kereta rali bersejarah yang dibina sebelum tahun 1969 dan dihomologasikan sehingga 31 Disember 1992, membawa Pasport Teknikal Bersejarah yang dikeluarkan oleh FIA. Kejohanan FIA EHRC dibahagikan kepada empat kategori (1-4) berdasarkan tahun pengeluar. Subbahagian dalam Kategori 2-4 untuk membolehkan perbezaan tahap prestasi kereta yang berbeza.
Perlumbaan sulung EHRC berlangsung 73 Rally Costa Brava, Sepanyol 13 hingga 15 Mac 2025.
Kredit Foto : Toyota Gazoo Racing
BACA : DUO BINTANG RALI TOYOTA BERAKSI DI ARTIC LAPLAND RALLY SEBAGAI PERSEDIAAN RALLY SWEDEN