
200 UNIT PERTAMA DENZA D9 DISERAHKAN KEPADA PELANGGAN
DENZA, jenama premium di bawah BYD, telah menyerahkan 200 unit pertama model DENZA D9 dalam acara khas ‘DENZA and BYD Electrifying Experience’ yang berlangsung di Plaza Arkadia, Desa ParkCity.
Acara tersebut menyambut pelanggan terawal yang membuat tempahan MPV elektrik premium ini sejak pelancarannya bulan lalu.
Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd, Eagle Zhao, menyatakan bahawa penghantaran kumpulan pertama DENZA D9 ini merupakan pencapaian penting bagi jenama tersebut di Malaysia.

Menurutnya, sambutan luar biasa terhadap MPV elektrik ini membuktikan permintaan yang semakin meningkat untuk mobiliti premium mesra alam.
DENZA D9 menawarkan pengalaman pemanduan mewah dengan gabungan motor elektrik lapan-dalam-satu serta Blade Battery, memberikan jarak perjalanan sehingga 600km dengan tahap keselamatan yang tinggi.
Reka bentuknya yang aerodinamik menampilkan garis pinggang klasik dan lekukan ala trek meteor, menggabungkan elemen elegan serta prestasi dinamik.

Ruang dalaman pula dirancang untuk keselesaan optimum dengan sistem infotainmen canggih, kawalan suara pintar, sambungan digital yang lancar, serta sistem suspensi DiSus adaptif bagi perjalanan yang lebih halus dan selesa.
Sepanjang acara ‘DENZA and BYD Electrifying Experience’, pengunjung berpeluang melihat dan merasai sendiri kehebatan DENZA D9.
Sebagai tawaran eksklusif, pelanggan yang membeli MPV ini sebelum 16 Mac di mana-mana pusat jualan DENZA Malaysia akan menerima hadiah istimewa, termasuk pemasangan pengecas dinding percuma serta pakej penyelenggaraan selama enam tahun.
- BACA: CEO BAHARU NISSAN KONONNYA SEORANG KAKI KERETA – HARAPNYA BETUL LA
- BACA: 10 CIRI-CIRI MERCEDES-BENZ CLA 2025, EV & HIBRID, JARAK SEHINGGA 792 KM!
- BACA: MORGAN SUPERSPORT – MODEL FLAGSHIP TETAPI TAMPIL DENGAN IMEJ RETRO KLASIK
- BACA: 3 PELAJAR MAUT AKIBAT PINTU CYBERTRUCK GAGAL DIBUKA – PERONDA LEBUHRAYA CALIFORNIA