Motosikal

JENTERA LUMBA HONDA GROM/MSX125 HRC!

Ingat saya pernah bagitahu bahawa motosikal Honda Grom atau MSX125 sangat menarik untuk diubah suai? Ini contoh terbaharu bagaimana monkey bike terkenal daripada Honda itu boleh berubah rupa.

Dihasilkan oleh pihak Honda Racing Corporation (HRC), jentera itu dipamerkan pada acara Osaka Motorcycle Show 2016 yang sedang berlangsung sekarang.

Jentera yang sedia untuk berlumba ini menerima banyak bentuk pengubahsuaian. Enjin slinder tunggal 124cc menerima pemetaan bahan api dua peringkat, pengehad kelajuan, sistem ekzos penuh, peredam, suspensi belakang Ohlins dan quick-shifter!

Grom ini dijangka dijual sebagai satu pakej untuk HRC Trophy Racing Series.

Google ads
Back to top button