
BMW EKSPORT MODEL KE VIETNAM & FILIPINA PADA 2018
BMW Group Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa pada tahun 2018, Malaysia akan menjadi hab eksport untuk varian model BMW 3 Series, BMW 5 Series serta BMW 7 Series ke pasaran Vietnam dan Filipina.
“Malaysia terus menjadi hab strategik untuk BMW Group di Asia Tenggara. Kami di BMW Group Malaysia gembira kerana dapat meningkatkan tahap kecekapan di sini untuk memasang dan mengeksport kenderaan-kenderaan premium ke pasaran membangun di rantau ini, sekali gus meningkatkan keupayaan kami di rantau ASEAN,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun.
Kilang pemasangan BMW Group Malaysia yang terletk di Kulim, Kedah itu kini memasang sepuluh model BMW untuk pasaran tempatan. Biarpun pasaran eksport itu menggunakan pemanduan sebelah kiri, namun ia bukanlah satu masalah besar.
Dalam perkembangan berkaitan, BMW Group Malaysia juga telah menyemak semula strategi harga beberapa model keluarannya.
Hasilnya, harga untuk varian-varian BMW 1 Series, BMW 3 Series dan BMW 5 Series diturunkan sehingga sembilan peratus selepas kenderaan tersebut menerima Insentif Status EEV Khas.
“Hari ini, saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah menerima insentif EEV bagi model BMW 3 Series Gran Turismo, BMW X3 dan BMW 5 Series. Justeru, kami akan memanjangkan keistimewaan itu kepada para pelanggan dengan menawarkan harga yang lebih murah,” kata Han.
Harga baharu dengan Insentif Status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) (di atas jalan, tidak termasuk insurans bersama Jaminan Perbatuan Tanpa Had selama 5 Tahun terkini daripada BMW Group Malaysia, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar) adalah seperti berikut:
Harga Runcit Sekarang | Harga Runcit dengan Insentif EEV | |
BMW 118i Sport | RM 188,800.00 | RM 173,800.00 |
BMW 120i M Sport | RM 219,800.00 | RM 202,800.00 |
BMW 318i Luxury | RM 219,800.00 | RM 202,800.00 |
BMW 320i Sport | RM 249,800.00 | RM 231,800.00 |
BMW 330i M Sport | RM 319,800.00 | RM 297,800.00 |
BMW 320d GT | RM 296,800.00 | RM 278,800.00 |
BMW 328i GT | RM 327,800.00 | RM 308,800.00 |
BMW X3 xDrive 20i | RM 325,800.00 | RM 296,800.00 |
BMW X3 xDrive 20d | RM 345,800.00 | RM 316,800.00 |
BMW 520d M Sport | RM 354,800.00 | RM 317,800.00 |
BMW 520i M Sport | RM 367,800.00 | RM 329,800.00 |
BMW 528i M Sport | RM 417,800.00 | RM 378,800.00 |