Buletin

JAECOO J6 EV DILANCARKAN DI THAILAND SUKU KEEMPAT 2024 – 274HP, JARAK GERAK 501KM

JAECOO J6 EV baru-baru ini dilaporkan bakal dilancarkan di Thailand pada suku keempat tahun ini sebagai model pemasangan tempatan (CKD).

Dikenali sebagai iCAR03 di China, model EV ini tampil dengan gaya berkotak-kotak seperti Jimny 5 pintu dan Land Rover Defender.

Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran panjang 4,406mm, lebar 1,910mm, tinggi 1,715mm dengan jarak roda 2,715mm.

Di bahagian dalam, ia hadir dengan instrument LCD penuh dan skrin sentuh bersaiz besar bagi infotainment selain, tampil mewah menerusi penggunaan upholsteri kulit atau plastik, kemasan logam, memberikan keseluruhan bahagian kabin rupa premium serta sporty.

Antara ciri utama JAECOO 6 EV termasuk prestasi luar biasa dengan penggunaan motor elektrik berkembar dan sistem pemanduan empat roda (4WD).

Motor gandar hadapan berupaya menghasilkan 93hp + 165Nm, dan motor gandar belakang pula menghaburkan 181hp + 220Nm, memberikan kuasa gabungan 274hp dan 385Nm tork.

Menerusi pek bateri berkapasiti 69.8kWh, ia menawarkan jarak gerak sehingga 501km mengikut standard CLTC.

Dalam aspek pengecasan, JAECOO 6 EV menyokong pelbagai jenis pengecas elektrik, termasuk Charger Type 2 / CCS Combo, serta pengecasan pantas DC hingga 85kW.

Dengan kemampuan untuk mengisi semula bateri dari 30 peratus hingga 80 peratus dalam masa hanya 30 minit, pengguna boleh menikmati pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan efisien.

Untuk harga pula, JAECOO 6 EV atau iCAR03 diberi tanda harga sekitar RMB 109,800 (RM72,259) di China.

GALERI:

Google ads
Back to top button