
CHERY TIGGO 7 PRO PHEV DIDEDAHKAN DI BEIJING AUTO SHOW 2024 – JANA 308HP, JARAK GERAK SEHINGGA 1,200KM
Chery hari ini secara rasmi memperkenalkan Chery Tiggo 7 Pro PHEV di acara Beijing Auto Show 2024.
Dari segi dimensi, Tiggo 7 Pro PHEV berukuran 4,513mm (panjang), 1,862mm (lebar), 1,696mm (tinggi) dan jarak roda pada 2,670mm.
Sebagai perbandingan dengan Tiggo 7 Pro ICE, ia mempunyai ukuran dimensi 4,500mm panjang, 1,696mm tinggi, 1,862mm lebar dengan jarak antara roda 2,670mm.
Dari segi penggayaan, Tiggo 7 Pro PHEV didatangkan bersama lampu LED di bahagian hadapan serta belakang, lampu membelok berjujukan, rim aloi dua tona berukuran 18-inci dan panoramic sunroof.

Sementara, di bahagian dalam, ia menerima kelengkapan seperti ketersambungan Apple CarPlay/Android Auto, tempat duduk hadapan berventilasi, bantuan suara ‘Hey Chery’ skrin 24.6-inci dan sistem audio premium Sony 8-pembesar suara.
Perincian menarik lain Chery Tiggo 7 Pro termasuklah upholsteri kulit sintetik, pengecas wayarles, port USB Type A, Type C, Remote Engine Start, Walk Away Auto Lock serta tiga mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport.
Secara mekanikal, ia dijana oleh enjin petrol turbo empat silinder 1.5 liter bersama dua motor elektrik (depan dan belakang) serta dilengkapi dengan bateri litium ternary 19.27kWh.

Ia berupaya menghamburkan kuasa 308hp dan tork 545Nm, menawarkan jarak gerak elektrik sepenuhnya 89km dan hampir 1,200km bagi jarak pemanduan gabungan dengan tangki bahan api dan bateri penuh.
Prestasi model PHEV ini turut menarik perhatian, dengan pecutan 0-100km/j hanya dalam masa 7.5 saat dan kelajuan maksimum dihadkan pada 180km/j.
Selain itu, mod elektrik membolehkan kenderaan ini mencapai kelajuan maksimum 140km/j.
Untuk pengecasan, melalui pengecasan berkuasa 3.3kW, pengisian dari 0-100% mengambil masa antara 7 hingga 12 jam manakala pengecasan 6.7kW membolehkan pengisian sepenuhnya dalam tempoh 3 hingga 3.5 jam.
Bagi ciri keselamatan, ia dilengkapi lapan beg udara, ront and rear parking sensors, autonomous emergency braking, lane-keeping assists, lane following assist, blind-spot monitoring, rear cross-traffic alert with braking, adaptive cruise control with stop and go, traffic jam assist, door exit warning serta automatic high beams.
Mengenai harga, tiada pendedahan dibuat setakat ini tetapi ia dijangka diberi tanda harga sekitar AS$39,990 hingga AS$45,990 (RM190,670 – RM 219,278).
GALERI:











- BACA: JAECOO J6 EV DILANCARKAN DI THAILAND SUKU KEEMPAT 2024 – 274HP, JARAK GERAK 501KM
- BACA: RASMI: TRIUMPH SPEED 400, SCRAMBLER 400 X AKHIRNYA DI MALAYSIA – DARI RM26,900
- BACA: RASMI: ROYAL ENFIELD BULLET 350 TIBA DI MALAYSIA – DARI RM23,900
- BACA: BEIJING AUTOSHOW 2024: GWM DEDAHKAN ENJIN 8 SILINDER BOXER UNTUK MOTOSIKAL



