
RASMI: ROYAL ENFIELD BULLET 350 TIBA DI MALAYSIA – DARI RM23,900
Royal Enfield Malaysia hari ini memperkenalkan Bullet 350 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM23,900 bagi versi Standard dan RM23,900 bagi versi Black Gold.

Menariknya, pasaran Malaysia menerima spesifikasi tertinggi yang merangkumi cakera brek depan dan belakang yang dipadankan bersama sistem ABS dwi-saluran standard. Suspensi pula terdiri dari fork 41mm depan penyerap hentak berkembar di belakang.

Seperti Hunter 350, Bullet 350 ini juga dilengkapi platform J-Series satu silinder 350cc dengan suntikan bahan api yang menjana 20.2hp dan 27Nm. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi manual 5-kelajuan.
Antara ciri lain ditawarkan termasuk:
- panel meter gabungan analog dan digital
- port pengecas USB
- tangki 13L
- lampu halogen
- rim lidi


Dalam pada itu, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai aksesori tambahan bagi menjadikan Bullet 350 mereka lebih unik dan menonjol.









