Buletin

JET PEJUANG F16 HILANG KAWALAN, REMPUH BANGUNAN

Sebuah jet pejuang F16 milik tentera Belgium merempuh bangunan selepas juruterbang hilang kawalan ketika ingin berlepas di Pangkalan Udara Leeuwarden.

Dalam kejadian pada pukul 9.22 pagi itu, jet pejuang terbabit dikatakan berdepan masalah di laluan pelepasan sebelum merempuh sebuah bangunan.

Menurut laporan Mirror, juruterbang berkenaan mengalami cedera ringan pada bahagian kaki manakala seorang anggota tentera berada berdekatan tempat kejadian turut cedera.

Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Pada hari Khamis pagi kejadian berlaku dengan pesawat tempur F-16 di Pangkalan Udara Leeuwarden.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan berhubung punca kejadian terbabit,” kata Angkatan Udara Belanda kepada NL Times. –Mirror

Google ads
Back to top button