Artikel PilihanBuletin

JUAL BUAH PINGGANG UTK BELI LAND CRUISER. LELAKI INI CETUSKAN HURU-HARA DI MEDIA SOSIAL!

Semuanya bermula pada dua hari lepas, seorang lelaki dari Victoria, Australia Phillip Hill, memuatnaik status memeranjatkan semua orang. Beliau mendakwa memperolehi AUD60,000 (RM172,000) selepas menjual salah satu buah pinggangnya di Thailand.

” When you need lots of money for a new cruiser, just sell a kidney. They give you $60000 in Thailand. I’ve got one left so all good. “

Beliau yang turut memuatnaik gambar dengan pakaian pesakit hospital, gambar organ dalaman dan bergambar di hadapan pengedar Toyota di sisi sebuah Toyota Land Cruiser.

KECOH!

Ia mencetuskan “huru hara” di laman media sosial facebook apabila status tersebut dikongsi 41,000 orang, disukai lebih 19,000 dan menerima komen sebanyak 53,000!

Kebanyakan komen adalah bertanyakan lokasi tepat di Thailand, selain bertanyakan nilai sebenar organ buah pinggang tersebut dan tak kurang yang bertanya sama ada ia benar atau hanya sekadar “troll”.

Dua hari selepas kekcohan tersebut, Phillips memberitahu perkara sebenar. Ia sebenarnya satu gurauan.

” It’s all fun and games until someone looses a kidney! “

Beliau melakukan gurauan tersebut bersama temannya Simon Dewar dan mengakui tidak menyangka bahawa ia akan tular sebegitu rupa.

Phillip dihubungi oleh ramai orang termasuk pihak media yang ingin menemuramahnya.

Begitu juga dengan netizen yang masih tidak percaya meskipun beliau menjelaskan bahawa ia adalah gurauan semata-mata.

Tapi dalam banyak-banyak mesej yang beliau terima. Ini yang paling kelakar. Bukti bahawa wang memang boleh mengatasi segalanya!

Bagaimanapun, beliau turut dikecam oleh warga Thailand kerana didakwa memberi gambaran buruk tentang negaranya.

Ya. ia mencetuskan banyak implikasi. Tapi kenapa masih ramai yang mempercayainya meskipun ia diakui sebagai satu gurauan?

Kerana penjualan organ untuk kereta memang pernah berlaku.

Dua tahun lalu, seorang lelaki juga dari Australia menjual testikal kirinya untuk membeli sebuah kereta Nissan 370Z.

BACA: KISAH SERAM…JUAL TESTIKAL UNTUK BELI KERETA

Menurut laporan dari laman web Nova.69, lelaki Australia, Mark Parisi mengambil keputusan menjual testikal kirinya untuk membeli kereta idaman beliau. 

Mark Parisi, Foto dari Daily mirror UK

Dalam satu temuramah dalam rancangan televisyen “The Doctors” Parisi memberitahu, “ia kereta yang bagus untuk pemandu yang bagus”

Beliau mengambil keputusan membuat pengorbanan gila tersebut setelah mengetahui ia boleh menjadi wang tunai pantas bernilai AUD35,000 (RM110,000) 

Tags
Google ads
Back to top button