Buletin

POLIS ITALI GUNA HURACAN HANTAR BUAH PINGGANG KEPADA PESAKIT

Pada tahun 2014, pihak Lamborghini telah mendermakan sebuah Huracan kepada Italian State Police, dan unit kedua telah disumbangkan tiga tahun selepas itu.

Jentera kedua Huracan itu baru-baru ini digunakan untuk melaksanakan misi penting – membawa dua buah pinggang kepada pesakit di dua lokasi berbeza.

Bermula dari Padua, utara Itali, supercar dengan nadi V10 itu bergerak sejauh 168 km untuk menghantar salah satu daripada buah pinggang kepada pesakit di Modena.

Kemudian, jentera itu meneruskan perjalanan sejauh 401 km menuju ke Rome, dimana seorang lagi pesakit sedang menunggu untuk proses pembedahan pemindahan buah pinggang.

Organ tersebut disimpan dalam sebuah kotak sejuk yang diletakkan pada ruang kargo sebesar 100 liter pada bahagian depan Huracan.

Selain daripada liveri polis dan lampu mata arah, Huracan itu juga dilengkapi dengan peralatan seperti defibrillator dan kelengkapan rakaman yang memantau pegawai yang bertugas. – FB Polizia di Stato

Google ads
Back to top button