BuletinMotosikal

JUALAN MOTOR 2016 DI INDONESIA MEROSOT, HONDA MASIH KUASAI PASARAN DENGAN 73%

Rata-rata pasaran motosikal dunia bagi tahun 2016 menurun sedikit. Di Indonesia, pasaran tertinggi di rantau ini juga menyaksikan sedikit penurunan berbanding jualan tahun 2015. Secara keseluruhannya, pasaran di sana menguncup 8.47 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah jualan keseluruhan bagi pasaran di Indonesia ialah 5,931,285  berbanding 4,80,155 unit pada tahun sebelumnya. Ya. 5 juta setahun tuan-tuan, patutlah Jakarta tu jemnya nak meletup. Sebagai perbandingan, pasaran kita hanyalah sekitar 500,000 setahun. Cuma 10 peratus!

BACA: YAMAHA INDO UMUM HARGA AEROX

BACA: MOTOSIKAL TERBAIK INDONESIA 2016

Honda masih lagi unggul menguasai pasarannya tanpa digugat. Sebagai pemain penting dalam industri, Honda berjaya menguasai hampir 1/3 jualan dengan 4,380,888 unit. 4.3 juta motosikal setahun tuan-tuan dia jual motor. Ia mewakili 73.86 peratus dari volum keseluruhan industri.

Berikut adalah presasi jualan motosikal jenama utama di Indonesia

  1. HONDA               – 4,380,888 unit – 73.86%
  2. YAMAHA            – 1.394.078 unit – 23,50%
  3. KAWASAKI         – 97.622 unit      – 1.65%.
  4. SUZUKI               – 56.824 unit      – 0.96%.
  5. TVS                      – 1.873 unit        – 0.03%

Jumlah keseluruhan ini menurun dan tidak mencapai jumlah sasaran yang ditetapkan oleh Asosiasi Industri Sepeda Motor Indonesia (AISI) iaitu sebanyak 6 juta unit.

Bagaimanapun pada tahun ini pasaran dijangka kembali berkembang berikutan banyak pengenalan model baru sejak penghujung tahun lepas. Pasaran motosikal 250cc juga semakin rancak dengan kemasukan model-model terkini dari varian berbeza.

 

 

Google ads
Back to top button