Buletin

FORD RANGER KEMBALI DIPASARKAN DI AMERIKA

Ford Amerika mengumumkan pada North American International Auto Show 2017 (NAIAS) awal minggu ini bahawa Ford Ranger akan kembali dipasarkan di Amerika. Ya. Ranger sudah lama menyepi di negara kelahirannya sendiri.

Bagi pasaran trak pikap, Ford Amerika lebih fokus menjual Raptor F-150. Mereka tiada rangkaian trak kecil. Ketika pasaran trak semakin sengit dengan dominasi trak gergasi Toyota Tundra/Tacoma, Honda Ridgeline dan Nissan Titan, Ford Ranger dikeluarkan dari senarai jualan pada 2012.

BACA: RANGER EDISI TERHAD- ROSSI VR46

BACA: TUNDRA VS HILUX – INILAH AMERIKA

Trak kecil yang ada di pasaran ialah King Cab Frontier (Navara) – Ya. Mereka memanggilnya trak kecil walaupun kita melihat trak bagai sebuah lori.

Menurut Joe Hinrichs, presiden Ford Amerika, model yang akan diperkenalkan nanti adalah model 2019. Maksudnya bukan model T6.5 sekarang.

Ia akan dipasang di kilang mereka di Michigan Assenbly Plant yang terletak di daerah Wayne. Buat masa ini Ranger dipasangkan di kilang Thailand, Afrika Selatan, Argentina dan Nigeria.

Adakah ini disebabkan presiden baru Donald Trump yang ingin mengembalikan Amerika kepada Amerika? Mungkin juga. Beliau mahu ekonomi domestik diperkukuhkan. Tengoklah dia bagi amaran pada Ford di Mexico dulu.

 

Google ads
Back to top button