Buletin

PERIKSA KERETA ANDA SECARA PERCUMA DENGAN HONDA

Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Honda Malaysia akan mengadakan pemeriksaan kenderaan secara percuma kepada semua pengguna jalan raya. ย 

Pemeriksaan 32 poin itu akan dijalankan di beberapa buah stesen minyak Petron terpilih di seluruh negara. Jadualnya adalah seperti berikut:

Antara bahagian yang diperiksa ialah paip penyalur radiator, cermin hadapan dan belakang, fungsi sistem pendingin hawa, cecair stereng kuasa, kondisi bateri, minyak enjin, lampu brek serta banyak lagi.

BACA: APA? HONDA CIVIC TYPE-R 2018 GUNA KOTAK GEAR CVT?!!

BACA: HONDA BR-V DILANCARKAN – BERMULA RM85,800

Harus tahu bahawa ia tidak terhad kepada kenderaan jenama Honda sahaja. Jadi, apa jua kenderaan yang anda pandu, tiada masalah untuk mendapatkan pemeriksaan ini. Tempoh pemeriksaan juga cukup singkat, hanya memakan masa di antara 10 hingga 15 minit sahaja.

Bukan itu sahaja, anda akan menerima air mineral, kacang dan paket angpau. Jika anda memandu kereta Honda, sebotol rawatan minyak enjin dan pembersih akan diberikan. Anda juga bakal menerima hadiah istimewa daripada petron.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Pastikan anda pulang ke kampung pada musim perayaan kali ini dengan selamat.

Google ads
Back to top button