BuletinMotosikal

JUARA DUNIA MOTOGP NICKY HAYDEN MENINGGAL DUNIA, DIREMPUH KERETA KETIKA BERBASIKAL DI ITALI

Berita mengejutkan yang diterima pagi ini. Bekas pelumba MotoGP kelahiran Amerika Syarikat, Nicky Hayden hari ini dilaporkan telah mengehembuskan nafas terakhir setelah terlibat dengan kemalangan lima hari lepas ketika berbasikal Itali.

Hayden atau nama sebenarnya Nicholas Patric Hayden, dikatakan sedang menjalani latihan berbasikal pada 17 Mei lalu dan kemudian dirempuh kereta dari belakang. Beliau dikejarkan ke hospital dan didapati mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan dada.

BACA: PELUMBA MOTOGP TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

Setelah mendapat rawatan intensif di Bufalini Hospital in Cesena selama lima hari, pelumba berusia 35 tahun yang dilaporkan kritikal menghembuskan nafas terakhir lewat malam semalam.

Pemandu yang melanggar beliau telah diuji dengan ujian pernafasan dan didapati bebas dari sebarang bahan memabukkan. Polis Itali akan melakukan inkuiri bagi insiden ini dan dijangka akan siap menjelang Julai nanti.

Nicky Hayden bukanlah nama yang asing di kalangan peminat sukan motor dunia. Beliau merupakan juara MotoGP 2006 dan berpindah ke perlumbaan WSBK (World Superbike) dan sedang bersaing bersama pasukan Red Bull Honda.

Begitulah realitinya. Pelumba motosikal yang diketahui dengan sukan yang berisiko tinggi tetapi ajalnya datang ketika berbasikal dan lebih menyedihkan, berlaku di atas kesilapan orang lain.

 

Google ads
Back to top button