Buletin

PERIKSA KENDERAAN ANDA DENGAN HONDA MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI GAWAI & PESTA KAAMATAN

Berita baik untuk warga Sabah dan Sarawak! Sempena sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan tidak lama lagi, Honda Malaysia akan mengadakan pemeriksaan kenderaan secara percuma kepada semua pengguna jalan raya.
 

Pemeriksaan 32 poin itu akan dijalankan pada 26 hingga 28 Mei 2017 bermula 8 pagi – 6.00 petang di dua buah stesen minyak Petron Ulam South, Jalan Lintas Kota Kinabalu dan Petron KM25, Jalan Tuaran di Sabah.

Sementara di Sarawak pula, pemeriksaan itu diadakan di E-Mart Matang dan Giant Stutong di Kuching.

32 bahagian kenderaan yang akan diperiksa adalah seperti berikut:

Setiap pemeriksaan ini hanya memakan masa di antara 10 hingga 15 minit sahaja. Lebih menarik lagi, anda akan menerima air mineral, kacang Pagoda dan hadiah percuma yang eksklusif.

BACA: HONDA JAZZ HYBRID i-DCD LAKUKAN DEBUT DI SETIA ALAM

Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Pastikan anda pulang ke kampung dengan selamat pada musim perayaan kali ini!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button