
KAJETAN KAJETANOWICZ AKHIRNYA SAHIH KEMBALI SEMULA KE WRC2
Pelumba dari Poland Kajetan Kajetanowicz akhir telah mengesahkan bahawa beliau akan kembali semula ke pentas World Rally Championship (WRC) bagi kelas WRC2 dan bersedia untuk bertarung merebut tahta WRC2 Challenger dengan memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 musim ini.
Kajetan Kajetanowicz yang bersama pasukan ORLEN Rally Team telah menjadi pesaing yang handal dalam kelas perlumbaan sokongan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan berjaya mencatatkan enam kejayaan berturut di tempat ketiga teratas. Kini beliau akan disokong oleh pakar permotoran dari Poland, Rallylab Technology dan bersedia untuk kembali mencabar bersama jentera baharu Toyota GR Yaris Rally2.
Kajetan Kajetanowicz bersama Juruarah yang telah lama bergandingan Maciej Szczepaniak akan memulakan musim mereka di Safari Rally Kenya pada 20 – 23 Mac ini, acara di mana mereka mempunyai rekod tanpa kalah dengan tiga kemenangan daripada tiga permulaan sebelum ini.

Menurut Kajetan Kajetanowicz beliau yakin akan kemanpuan pasukan Poland kali ini mampu memberikan saingan dalam kelas WRC2 Challenger dengan kerjasama Rallylab Technology dan juga perubahan jentara baharu.
Untuk rekod, kelas WRC Challenger ini terbuka kepada pemandu yang sebelum ini tidak pernah memenangi sebarang perlumbaan WRC dalam kelas WRC2 dengan memandu jentera Rally2. Ianya lebih bersifat untuk menarik perhatian dan memberikan peluang dan galakan untuk pemandu muda terutamanya untuk meraih gelaran di peringkat yang lebih bawah.

Untuk itu Kajetan Kajetanowicz dan Juruarah Maciej Szczepaniak yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 sebelum ini akan mengambil bahagian dalam tujuh perlumbaan musim ini, suatu jumlah maksimum yang dibenarkan di bawah peraturan yang diperkenalkan untuk kelas WRC2. Sebagai permulaan, Kajetan Kajetanowicz akan bermula dengan beraksi di Safari Rally Kenya dan kemudiannya butiran lanjut mengenai kalendar perlumbaan akan ditentukan kelak. Yang pasti ianya akan menggabungkan permukaan batu kerikil dan juga aspal yang mencabar.
Dengan menggunakan jentera Toyota GR Yaris Rally2, pastinya saingan akan lebih sengit dan jenama Toyota ini semakin mula mendominasi kelas WRC2 sama seperti dalam kelas utama WRC.
Foto : WRC
BACA : WRC2 2024 – SAMI PAJARI MUNCUL JUARA MUSIM INI
BACA : APA JADI DENGAN SKODA / TOKSPORT UNTUK KEMPEN WRC2 MUSIM INI?



