
KAPAL DARI KOREA SELATAN BAWA 4,530 KERETA TERBAKAR DI LAUT VIETNAM
Sebuah kapal pengangkutan kenderaan dari Korea Selatan, Ah Shin, dilaporkan mengalami kebakaran di Vung Tao, Vietnam pada Ahad lalu.
Kapal tersebut membawa 4,530 kereta dari Korea Selatan dengan tujuan ke Singapura. Untuk rekod, kapal Ah Shin mempunyai 1,356 tan bahan api di atas kapal.
VnExpress melaporkan bahawa kapal Ah Shin telah hanyut kira-kira 45km dari pantai dan kebakaran tersebut bermula dari dek lapan sebelum merebak ke dek berikutnya.

Seramai 21 kru kapal warga Rusia cuba memadamkan kebakaran tersebut sebelum mereka meminta bantuan daripada pihak berkuasa Vietnam.
Kebakaran telah dapat dikawal pada malam Ahad tetapi kapal itu masih mengeluarkan bau terbakar yang kuat.
Kebakaran kapal berukuran 200 meter itu bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian menunjukkan kemungkinan berpunca dari sebuah kenderaan.
Bulan lalu, Havila Kystruten dari Norway berkata ia tidak akan lagi membawa kereta elektrik atau hibrid kerana bimbang akan kebakaran.
Ketua eksekutif Bent Martini berkata analisis risiko oleh Proactima, telah membuat kesimpulan bahawa hanya kebakaran kenderaan konvensional boleh ditangani oleh kru.
- BACA: INI SENARAI 10 KAPAL LAYAR MEWAH DI DUNIA. PALING MURAH RM849 JUTA, MAINAN HARTAWAN
- BACA: 3 LELAKI SEMBUNYI DI KEMUDI KAPAL SELAMA 11 HARI DARI NIGERIA KE KEPULAUAN CANARY
- BACA: APA NASIB KAPAL PERSIARAN MEWAH SELEPAS 20 TAHUN? JADI HOTEL, RESTORAN ATAU DILERAIKAN?
- BACA: KAPAL LAYAR MEWAH DENGAN TEMA JAMES BOND KARAM DI PULAU GREECE. IDENTITI PEMILIK MASIH MISTERI



