
3 LELAKI SEMBUNYI DI KEMUDI KAPAL SELAMA 11 HARI DARI NIGERIA KE KEPULAUAN CANARY
Pengawal pantai Sepanyol menyelamatkan tiga lelaki yang menghabiskan 11 hari bersembunyi di kemudi kapal dalam pelayaran dari Nigeria ke Kepulauan Canary.
Kapal tangki minyak tersebut sedang dalam perjalanan dari Pelabuhan Lagos, Nigeria ke Las Palmas de Gran Canaria.
Kapal tangki minyak berbendera Malta “Alithini II” berangkat dari Nigeria pada 17 November lalu dan tiba pada petang Isnin, menurut MarineTraffic.com.

Foto yang disiarkan oleh pengawal pantai Sepanyol di Twitter menunjukkan ketiga-tiga lelaki itu yang semuanya berketurunan sub-Sahara, berada di atas bilah kemudi sebuah kapal tangki minyak.
Mereka kemudian dimasukkan ke hospital kerana mengalami dehidrasi akibat perjalanan jauh itu. Laporan mengatakan ketiga-tiganya turut mengalamai hipotermia.
“Penumpang itu mungkin boleh tinggal di Sepanyol jika mereka memohon untuk sebarang perlindungan,” kata pengarah organisasi hak migran, Walking Borders.
- BACA: RUMAH ATAS KAPAL MEWAH RM4 JUTA. MULA BERLAYAR TAHUN 2025. BOLEH KELILING DUNIA DENGAN BERGAYA
- BACA: ICON OF THE SEAS TAWAR PERCUTIAN KAPAL MEWAH. ADA TAMAN TEMA AIR TERBESAR DI LAUT
- BACA: PERANCIS DAN JERMAN RAMPAS KAPAL MEWAH MEGA MILIK OLIGARKI RUSIA
- BACA: 10 KAPAL MEWAH KARAM, KEBAKARAN DI MARINA HONG KONG