Buletin

BELI TOYOTA GRAND HIGHLANDER, PERCUMA NINTENDO SWITCH DI AS!

Baru sahaja memperkenalkan Grand Highlander 2024, Toyota dengan kerjasama Nintendo akan memberikan hadiah istimewa buat 500 pelanggan bertuah di Amerika Syarikat.

Pelanggan bakal menerima Nintendo Switch – Model OLED dan permainan Mario Kart 8 Deluxe.

Saiz Nintendo Switch – OLED sama seperti Nintendo Switch tetapi dengan skrin OLED lebih besar berukuran tujuh inci dan paparan lebih jelas.

Juga seperti Nintendo Switch, model OLED boleh dimainkan di televisyen dan berbilang pengguna melalui alat kawalan boleh tanggal Joy-Con.

Bagi meraikan kerjasama itu, sebuah Grand Highlander 2024 telah diubah suai dengan balutan Nintendo Switch – OLED Model + Mario Kart™ 8 Deluxe dan dipertontonkan di Chicago Auto Show.

Tidak sekadar balutan, Grand Highlander itu dilengkapi skrin besar, pembesar suara dan konsol permainan Nintendo untuk pengunjung merasai keluasannya dan mencuba permainan video.

Grand Highlander baharu dibangunkan untuk dinikmati seisi keluarga dengan ruang baris ketiga yang luas dan pelbagai tempat simpanan.

Ruang kargo di sebalik kerusi baris ketiga boleh memuatkan sehingga tujuh beg pakaian dan kapasiti barang seluas 2,775 liter apabila kerusi belakang dilipat.

Grand Highlander 2024 ditawarkan dalam tiga pilihan enjin iaitu 2.4 liter turbo, 2.5 liter hibrid dan Hybrid MAX berkuasa 362 hp dengan spesifikasi terperinci bakal diumumkan kemudian.

Toyota Grand Highlander mempunyai saiz lebih besar daripada SUV Highlander dan berkongsi platform TNGA-K yang sama.

BACA: TOYOTA TERUS MELABUR DI TURKIYE, PASANG C-HR BAHARU!

BACA: TOYOTA COROLLA CROSS HYBRID, HIBRID TERPALING DIPERCAYAI DI DUNIA

BACA: HILUX NO. 1 DI AUSTRALIA PADA 2022, TOYOTA KUASAI PASARAN SELAMA 2 DEKAD!

Google ads
Back to top button