KARNIVAL NISSAN 4WD BERMULA!
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memulakan Karnival Nissan 4WD yang julung-julung kali dianjurkannya.
Acara tersebut memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri keupayaan pemanduan pacuan empat roda serta keselesaan model crossover premium Nissan X-Trail dan trak pikap Nissan Navara yang baru.
Bukan kitu sahaja, ETCM turut memulakan peraduan eksklusif “Book and Win” untuk para pelanggan yang menempah mana-mana kenderaan Nissan sepanjang karnival tersebut. Peraduan ini membolehkan mereka memenangi TV LED SHARP bersaiz 40 inci atau pelbagai hadiah menarik lain yang bernilai sehingga RM45,000.
Sebagai sebahagian daripada pengalaman 4WD tersebut, Karnival ini akan menampilkan dua laluan berhalangan yang direka khas iaitu Elephant Ramp dan Ujian Permukaan Tidak Rata.
Selain X-Trail dan Navara baharu, orang ramai berpeluang untuk memandu uji model-model Nissan yang lain seperti Almera, Teana, Serena S-Hybrid, Sylphy dan Grand Livina.
Tarikh dan lokasi Karnival 4WD adalah seperti berikut:
Tarikh | Masa | Wilayah | Lokasi |
14 – 15 Mei | 10am – 8pm | Tengah | ETCM Glenmarie, Selangor |
Utara | ETCM Butterworth, Penang | ||
Selatan | ETCM Johor Jaya, Johor Bahru | ||
Pantai Timur | ETCM Kuantan, Pahang | ||
Sabah | ETCM Kota Kinabalu, Sabah | ||
21 – 22 Mei | 10am – 8pm | Sarawak | ETCM Kuching, Sarawak |
Sepanjang Karnival berlangsung dan eksklusif untuk bulan Mei, para pelanggan yang membeli dan mendaftar kenderaan Nissan mereka berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada 1,000,000 BIG Points dalam “Kempen Beli NISSAN dan Menangi AirAsia BIG Points”.
Pelanggan yang membeli Nissan X-Trail dan Navara juga boleh menikmati pelan pembayaran balik sebanyak RM999 dan RM699 sebulan. Sementara untuk Almera, hanya RM499 sebulan.
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.