Buletin

DAIHATSU MIRA WALKTROUGH – UNTUK DIJUAL!

Ini mungkin sekali dalam seumur hidup kita melihat kereta (kereta atau van?) begini untuk dijual.

Daihatsu-Mira-L70V-Walkthrough-mekanika (4)

Sejak kebelakangan ini, terdapat usaha untuk membawa masuk kereta-kereta ‘cult’ dari Jepun dengan menggunakan Permit Import klasik (AP klasik) kerana terdapat permintaan terhadap segmen sebegitu.

Beberapa bulan lepas, peminat kereta ‘sekolah lama’ tempatan dikejutkan dengan kehadiran sebuah Nissan Hakosuka Skyline KPGC10 dalam pameran Retro Havoc di Puchong. KPGC10 merupakan ikon terpenting dalam budaya kereta-kereta klasik di Jepun dan untuk unit aslinya, sudah tentu jadi rebutan.

Daihatsu-Mira-L70V-Walkthrough-mekanika (2)

Di Amerika Syarikat, sebuah KPGC10 yang asli dalam keadaan terbaik boleh dilelong sehingga harga sejuta ringgit. Satu perkara yang sangat mustahil setelah rekod dipecahkan oleh ikon paling agung – Toyota 2000GT.

Ini bukanlah sehebat kereta klasik seperti Hakosuka, 510 coupe, Laurel hatta AE86 sekalipun, tetapi sebahagian dari cebisan sejarah automotif Jepun. Namanya Daihatsu Mira L70V ‘Walkthrough’ yang dikilangkan di Jepun pada 1989.

Daihatsu-Mira-L70V-Walkthrough-mekanika (3)

Ia dibekalkan dengan enjin 550cc dan kotak gear automatik 3 kelajuan. Selain  berkongsi platform dengan model KeiCar Mira dalam generasinya.

Waktu diperkenalkan, regulasi kereta Jepun menetapkan had kapasiti enjin 550cc dengan saiz minimum bagi melayakkannnya mendapat perlepasan istimewa Shaken (pemeriksaan berkala) dan pelepasan cukai.

Daihatsu-Mira-L70V-Walkthrough-mekanika (5)

Kalau dilihat pada pembangunan industri automotif selepas perang, ia banyak didominasi oleh saiz kereta begini yang mementingkan aspek ekonomikal dan praktikal saiz. Selepas 1990, kelas Kei Car ini dibenarkan sehingga 660cc dengan kuasa 64PS.

Kereta ini sudah berada di Malaysia, diimport menggunakan permit import yang sah dan boleh didaftarkan untuk penggunaan komersial atau individu. Kepada anda yang berminat untuk memiliki sebuah kenderaan unik begini, ia boleh dimiliki pada harga RM48,000 (dah tentu boleh nego).

Hubungi saudara Khairul 016-2331484 untuk maklumat lanjut!

Google ads
Back to top button