Buletin

TOYOTA TAMATKAN PRODUKSI FJ CRUISER!

Toyota FJ Cruiser melakukan debut pada Detroit Auto Show 2005. Ia diinspirasikan oleh model klasik FJ40 Land Cruiser Prado.

Toyota-FJ-Cruiser-mekanika (3)

FJ Cruiser nyata mendapat sambutan hangat apabila ia dijual di banyak pasaran termasuklah Asia Barat, China, Japan, Australia dan New Zealand. Di Malaysia, jentera itu turut dibawa masuk oleh pihak grey importer dan dibeli oleh ramai orang yang mahu tampil berbeza.

Namun selepas sedekad, Toyota mengambil keputusan untuk menghentikan produksinya mulai Ogos depan.

Toyota-FJ-Cruiser-mekanika (5)

“FJ Cruiser akan meninggalkan kenangan manis sebagai salah sebuah model ikonik dalam sejarah SUV Toyota,” kata Pengarah Eksekutif Jualan & Pemasaran Toyota Australia, Tony Cramb.

Sejak awal lagi, FJ Cruiser hanya ditawarkan dengan satu pilihan enjin iaitu 1GR-FE 4.0-liter V6. Dipadankan dengan kotak manual enam kelajuan atau automatik lima kelajuan, enjin itu mampu menjana kuasa 268hp dan tork 380Nm.

Toyota-FJ-Cruiser-mekanika (2)

Setakat ini, masih belum ada berita tentang model yang akan menggantikan FJ Cruiser. Tunggu…

Google ads
Back to top button