Buletin

KATIL BAYI PINTAR FORD MENIDURKAN BAYI DENGAN MENIRU BUNYI KERETA DAN CAHAYA LAMPU JALAN

Antara cabaran paling besar bagi ibu bapa muda ialah dalam menidurkan bayi mereka. Maklumlah orang muda bukannya banyak pengalaman macam Pak Amid. Macam-macam cara dilakukan sama ada menggunakan buaian elektrik ataupun memainkan lagu-lagu yang mampu membuatkan si kecil tidur lena.

Setengah bayi macam anak sulung Pak Amid dulu biasanya hanya akan tidur bila dibawa berjalan-jalan dengan kereta. Masa tu okey je sebab harga minyak pun tak naik setiap minggu macam zaman sekarang. Pengerakan kereta dan sinaran lampu jalan bagaikan terapi untuk si kecil tidur dengan aman.

Tapi masalahnya kadang-kadang ia juga berkesan untuk membuat ibubapa itu sendiri merasa mengantuk. Kan susah kalau dua-dua sekali tertidur.

BACA: INILAH MODEL LAND ROVER TERBARU DAN PALING MURAH DILANCARKAN DI FRANKFURT MOTOR SHOW 2017

Kini ada penyelesaiannya yang ditemui oleh Ford Sepanyol dengan kerjasama studio rekaan Espana y Santa Cruz. Mereka telah berjaya menghasilkan katil bayi yang mampu meniru pergerakan badan kereta yang sedang bergerak lengkap dengan bunyi dan sinaran lampu jalan yang boleh dikawal dengan menggunakan telefon pintar.

Ini bermakna proses pengembaraan menidurkan bayi boleh dilakukan di dalam rumah tanpa perlu menghidupkan enjin kereta. Pendek kata, katil bayi istimewa ini akan membantu menidurkan bayi anda dan bukannya kereta anda.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga boleh mengawal bunyi yang dihasilkan ataupun memainkan bunyi enjin kereta mereka sendiri menggunakan aplikasi yang disediakan. Dasyat betul kalau bayi mampu membezakan bunyi kereta ibubapa mereka sendiri dari enjin kereta lain kan?

Google ads
Back to top button