" "
Artikel Pilihan

MITSUBISHI XPANDER AP4 JUARAI MEIKARTA SPRINT RALLY 2020

Di Indonesia, kelibat sebuah MPV yang telah disumpah menjadi jentera rali, sudah beberapa kali dilihat diuji oleh pemandu handalan, Rifat Sungkar. Dan akhirnya, pasukan Xpander Rally Team (XRT) berjaya menawan kejuaraan Meikarta Sprint Rally 2020 menerusi jentera rali yang menjadi buah mulut orang, Xpander AP4 pada hujung minggu lepas,

Berlangsung pada trek yang sememangnya direka khusus untuk berlumba rali, Meikarta Sprint Rally menjanjijan laluan yang mencabar buat para pelumba. Dan seperti diduga, gandingan Rifat Sungkar dan M Redwan selaku Juruarah berjaya memenangi perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan 12 minit 23.7 saat.

Sebagai kendaraan yang dilahirkan berwujud Low MPV mampu mengalahkan 73 starter, bahkan torehan waktu dengan peringkat kedua mencapai hampir 7 detik. Debutan ini tentu menjadi pencapaian positif dan prestasi membanggakan.

Ternyata walaupun hanya berdasarkan platform sebuah MPV, namun keupayaan Xpander AP4 ini berjaya menewaskan 73 lagi peserta pelbagai kategori hinggakan pemenang ditempat kedua ketinggalan 7 minit berbanding catatan masa oleh jentera yang cukup buas ini. Pasti debut pertama Xpander AP4 ini di pentas perlumbaan membuahkan rasa bangga dan gembira apabila berupaya menunjukkan prestasi cemerlang.

Menurut Julain Johan selaku Pengurus pasukan XRT, “Kami sangat senang dengan hasil yang diperoleh di Meikarta Sprint Rally ini. Mobil tampil prima, tim bekerja dengan kompak, demikian juga dengan kedua pereli kami,”. Oh ya, untuk makluman, Julian Johan ini pernah beraksi di pentas MRC bersama pasukan One Motorsports beberapa tahun sudah.

Sepanjang dua hari perlumbaan berlangusng, pelumba harus melalui 5 SS yang direka khas. Malah ada satu peringkat, terdapat dua permukaan yang berbeza, aspal dan juga gravel yang harus ditempuhi para pelumba. Sudah tentu tetapan yang sempurna harus dipilih untuk memastikan jentera berupaya memecut dan dalam yang sama harus jentera kekal berapa di laluan yang benar. BK sendiri sempat mengikuti perlumbaan secara alam maya, dan apa yang dapat disimpulkan penganjuran rali di sana lebih meriah berbanding di tempat kita. Apatah lagi dengan Rifat Sungkar sendiri diangkat sebagai Ikon Rali di sana disamping sebagai duta buat Mitsubishi Indonesia sendiri.

Dan kehandalan jentera Xpander AP4 ini diuji pada hari kedua saingan ketika hujan membasahi bumi sekaligus menjadikan trek lalun licin dan sedikit berlumpur namun ianya masih berupaya menjarakkan diri daripada semua peserta yang cuba mengejarnya.

Ternyata Rifat Sungkar juga berpuas hati dengan jentera yang diusulkan sendiri kepada Mitsubishi Indonesia agar melakukan sesuatu terhadap MPV ini. Apatah lagi MPV ini mempunyai nisbah berat yang hampir sama di bahagian hadapan dan belakang lantas menjadikan ianya cukup sesuai dijadikan jentera rali yang ganas dan buas.

Sudah tentu Xpander AP4 ini dibina mendapat kelulusan daripada FIA untuk berlumba di peringkat nasional mahupun serantau. Menggunakan enjin asal daripada Evo X tapi telah dijadikan sebagai 1.6 liter turbo yang dipadankan dengan kotak gear berjujuk enam kelajuan mampu menghasilkan kuasa sekitar 340 HP serta tork 556 Nm.

BK cukup yakin apabila Pandemik ini telah surut, pastinya kelibat Xpander AP4 ini boleh dilihat dalam saingan APRC pula selepas ini.

Kredit : www.dapurpacu.id

BACA : MITSUBISHI XPANDER AP4 – KERETA RALI SENTUHAN INDONESIA

BACA : MITSUBISHI MULAKAN PEMASANGAN CKD XPANDER DI PEKAN

Google ads

B K

Back to top button