Artikel Pilihan

RALLY SPRINT 2022 SIRI 1 – BAKAT BAHARU PUN BOLEH TURUT SERTA. AJOOMMMM!

Dunia rali tanahair yang kembali meriah dengan penganjuran MNRC pusingan pertama sebelum ini bakal kembali dimeriahkan dengan penganjuran satu lagi acara rali, Rally Sprint 2022 Siri 1 pada bulan Oktober nanti.

Memandangkan penganjuran MNRC pusingan kedua yang terpaksa ditunda, perkhabaran gembira ini pastinya disambut baik buat penggiat rali tempatan. Perkhabaran gembira ini disampaikan melalui media sosial rakan BK, si Roduwan Rashid @ Chepot @ Mr. Rally Champion. Dan seperti biasa, BK pun tidak menunggu lama untuk mendapatkan perkhabaran lebih lanjut.

Menurut Chepot, beliau sememangnya telah lama merancang acara sebegini, cuma menantikan tarikh yang bersesuaian demi mengelakkan pertindihan acara. Bagi mengelakkan sebegitu, Chepot terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada badan berautoriti tempatan, Motorsports Association of Malaysia (MAM) dan juga Kementerian Belia & Sukan (KBS). Pasal itu dalam poster beliau, bukannya suka – suka letak.

Acara Rally Sprint 2022 ini bakal dilangsungkan pada 8 – 9 Oktober 2022 nanti di perkarangan tempat parkir Litar Antarabangsa Sepang. Dan acara ini yang bakal berlangsung di permukaan tarmac, pastinya perlumbaan sebegini turut bersifatkan seperti perlumbaan gymkhana. Apa yang menarik tentang perlumbaan ini, keseluruhan tapak perlumbaan tiada melibatkan sebarang jalanraya umum. Ini bermakna, selain daripada Kereta Rali, Kereta Drift, Kereta Trek, mahupun Kereta Gymkhana turut boleh ikut serta. Yang penting, penggunaan tayar yang sepatutnya dan juga dilengkapi dengan Sangkar Keselamatan.

Chepot turut memaklumkan bahawa beliau juga berhajatkan untuk melihat muka – muka baharu menceburi Sukan Rali ini, maka KLASS Rally turut diadakan khusus untuk mereka yang pertama kali. Malah, yuran penyertaan juga boleh dikategorikan sebagai mampu bayar.

Menjawab pertanyaan BK, jika tiada aral Rally Sprint 2022 Siri 2 ini bakal berlangsung pada bulan November nanti. Dan untuk sepanjang Rally Sprint yang bakal berlangsung kelak, maka keseluruhan pasukan X-One Motorsports Club juga akan terlibat secara langsung dalam acara ini tanpa berlumba. Ini bermakna, ketiga jentera rali utama mereka, Subaru GC8, Proton Satria Neo dan juga Subaru Impreza Wagon bakal kosong. Pergilah risik kalau – kalau nak buat sewa nanti.

Lantas, barangkali inilah dia khabar berita buat peminat sukan rali, sedia ada dan juga baharu untuk turut serta dalam acara ini. Dapatkan kereta yang sesuai, sedikit bajet (banyak juga sebenarnya nak kena sediakan bajet ni kan) dan apa lagi tunggu. Ajoommmm!

BACA : RALLY REGROUP FEAST 21 – APA YANG MENARIK TENTANGNYA?

BACA : TRI-NATION SPRINT RALLY – ABD KAATHIR MUNCUL JUARA

Google ads

B K

Back to top button