
Ini dia ikon Italjet Dragster yang telah dilahirkan semula untuk abad ke-21.
Menurut Tartarini, Pengarah Urusan Italjet, Italjet menampilkan semula imej ikonik skuter Itali untuk tatapan umum pada pameran EICMA 2018.
Ia dihasilkan daripada model klasik Italjet dengan kehadiran dua versi iaitu 125cc dan 200cc. Enjin ini dibuat oleh Aprilia dan ia akan mula berada di pasaran pada bulan Mei 2019.
Ia juga enjin yang sama dipasangkan pada model Aprilia / Rotax jntuk model BMW C1, Scomadi 200.
Harga jualannya dianggarkan sekitar €4500 (RM21,500 untuk versi 125cc dan €4.800 (RM23,000) untuk versi 200cc.
GALERI