Yamaha YZF-R1 merupakan superbike paling ikonik dalam sejarah Yamaha. Sejak diperkenalkan pertama kalinya pada 1998, R1 menjadi sebahagian daripada sejarah penting syarikat permotoran ini yang turut sama menghasilkan jentera hebat untuk perlumbaan.
Sempena menyambut ulangtahun kelahiran R1 yang ke-20, Yamaha telah memperkenalkan edisi khas – untuk kegunaan trek perlumbaan sahaja yang dikenali sebagai 2019 YZF-R1 GYTR.
Hanya 20 unit sahaja yang dihasilkan sempena penyertaan Yamaha dalam perlumbaan Suzuka 8 jam. Model ini menggunakan asas skema warna merah – putih vintaj, model pertama R1 yang dihasilkan pada 1998.
GYTR bermaksud – Genuine Yamaha Technology Racing, merupakan R1 yang memiliki teknologi perlumbaan sepenuhnya. Yamaha belum memberi sebarai perincian teknikal namun secara asasnya, jentera ini ditingkattaraf dengan penampilan kotak komputer serba baharu, quickshifter, pendawaian spesifikasi perlumbaan serta tayar perlumbaan.
Sistem suspensi hadapanya dilengkapi dengan pakej Öhlins FGRT 219 yang berprestasi tinggi sementara bahagian belakangnya dilengkapi dengan Ohlins TTX36 GP.
Bagi memastikan pengendaliannya cemerlang, ia juga dipasangkan dengan damper kawalan Ohlins bolehlaras sepenuhnya dan akhir sekali sistem ekzos Akrapovič Evolution 2.
Di bahagian pelindungan kemalangan, terdapat pelindung untuk kotak engkol dan gandar roda oleh Gilles Tooling.
Terdapat juga tambahan pilihan bahagian perlumbaan yang dipilih secara khusus dan dipasang oleh jurutera perlumbaan dari Pasukan Rasmi Yamaha Racing yang berminat.
Mereka memastikan setiap motosikal akan dihiasi dengan perlumbaan karbon penuh yang berupaya menakluk Perlumbaan Suzuka 8 Jam dan selepas pemasangan bahan-bahan ini ujian dyno break-in disesuaikan bersama kerangka sehingga setiap individu akan bersedia sepenuhnya untuk menakluk trek perlumbaan.
Yamaha Motor Eropah akan menawarkan hanya 20 unit mesin eksklusif ini, sebagai tanda 20 tahun R1 di pasaran.
Model yang ditunjukkan di EICMA ini adalah prototaip dan pelanggan akan mempunyai akses kepada spesifikasi akhir serta harga pada pertengahan Disember.
Pelanggan juga hanya boleh menempah secara dalam talian dan bukan itu sahaja, bakal pemilik GYTR secara automatik akan diterima masuk ke 2019 Yamaha Racing Experience (YRE) di mana mereka akan diajar oleh pakar bagaimana untuk memanfaatkan mesin lumba ini.
GALERI