Buletin

KEMPEN BELI 1 MENANG 1 NISSAN

Sempena meraikan ulang tahun Tan Chong Motor Holdings dan kemerdekaan negara yang ke-57, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menganjurkan kempen promosi yang dikenali sebagai ‘The Great Nissan Buy 1 Win 1’.

The-Great-Nissan-Buy-1-Win-1-mekanika (6)

Kempen tersebut memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi beberapa model terlaris Nissan. Kempen itu bermula pada 1 September 2014 hingga 31 Oktober 2014.

Mana-mana pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Nissan sepanjang tempoh kempen promosi ini layak untuk menyertainya. Seramai enam pelanggang bertuah akan membawa pulang sebuah lagi model Nisan apabila membeli sebuah kenderaan Nissan.

The-Great-Nissan-Buy-1-Win-1-mekanika (3)

Dengan keseluruhan hadiah bernilai lebih RM 888,888 model-model Nissan seperti Teana dan Sylphy serba baharu, Serena S-Hybrid, serta banyak lagi sedia untuk dimenangi.

Perincian kempen adalah seperti berikut:

BELI Almera Sylphy Teana Grand Livina Serena S-Hybrid Navara
MENANG Sylphy 1.8E Teana 2.0 XE Serena S-Hybrid Serena S-Hybrid Teana 2.5 XV Sylphy 1.8E

Orang ramai yang berminat untuk pandu uji dari Nissan adalah dijemput ke karnival pandu uji istimewa yang akan diadakan di Dewan Konsep – Auto City, Prai, Pulau Pinang pada 20 dan 21 September 2014 dari 10 pagi hingga 10 malam. Acara pandu uji ini membolehkan orang ramai memandu uji model-model Nissan seperti Sylphy, Teana, Juke, Leaf, Elgrand, 370Z dan Murano.

The-Great-Nissan-Buy-1-Win-1-mekanika (7)

Selain daripada kempen ini, para pelanggan juga boleh menikmati tawaran tambahan menarik yang lain menerusi Kempen Merdeka ETCM yang sedang berlangsung hingga akhir September 2014.

Maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara atau layari laman web: www.nissan.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button