Buletin

KEMPEN CCC: PAKEJ KOMPREHENSIF UNTUK PEMILIK CHEVROLET

Chevrolet Malaysia semalam melancarkan program CCC, pemilikan komprehensif untuk pemilik kereta jenama itu. Dikenali dengan CCC yang bermaksud COMMITTED. CONSTANT. COMPREHENSIVE. 

Ia adalah kempen peringkat global untuk memastikan servis selepas jualan Chevrolet berada pada tahap terbaik. Juga dikenali sebagai Chevrolet Complete Care, Naza Quest Sdn Bhd selaku pemegang hak jenama Chevrolet di Malaysia berharap ia dapat mengukuhkan lagi pasaran jenam Amerika ini di pasaran tempatan.

Program Chevrolet Complete Care menggabungkan Jaminan Kenderaan oleh Pengeluar, Servis Lengkap Chevrolet, Intergrasi Operasi Servis, 24/7 Bantuan Pembaikan, Bantuan Khidmat Pelanggan Live Chat 24/7.

Setiap Kenderaan Chevrolet didatangkan dengan jaminan 5 tahun sehingga batuan 200,000 kilometer. Setiap pembaikan yang dibuat dijamin menggunakan peralatan asli Chevrolet 100 peratus dan pelanggan tidak perlu bimbang kerana ia diselenggara oleh mekanik yang terlatih.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web ini http://chevrolet.com.my/complete_care

BACA: KEMPEN TRUCK MONTH OLEH FORD

BACA: KEMPEN PEMERIKSAAN TAYAR CONTINENTAL

 

 

 

Google ads
Back to top button