BuletinMotosikal

PEMILIK KTM LABUR RM22J BANGUNKAN HELMET HUD (HEAD-UP DISPLAY)

Syarikat induk pemilik KTM, Pierer Industries dilaporkan melabur USD5 Juta (RM22 Juta) untuk membangunkan helmet masa depan dengan teknologi Head-Up Display (HUD) untuk pasaran komersial.

Teknologi paparan ini sudah mula diperkenalkan dengan meluas dalam sektior automotif sejak sedekad yang lalu. Kereta-kereta pasaran biasa seperti Mazda2 atau pikap trak Ford ranger juga telah dilengkapi teknologi serupa.

BACA: HELMET ARAI EDISI HONDA NSR

Ia sangat berguna untuk mengurangkan tumpuan mata pemandu mengalih perpesktif pandangan mereka dari depan ke bahagian instrumen meter. Paparan imformasi ini dibias pada cermin hadapan hanya bebebapa inci dari fokus titik mata pemandu.

Teknik yang sama digunakan oleh Pierer Industries dengan melantik firma Nuviz untuk menghasilkan kit yang boleh dilengkapkan pada helmet keluaran mereka. Ia dijangka akan ke pasaran pada pertengahan tahun ini.

Sistem pada Nuviz ini akan mengintegrasi pandangan hadapan penungggang motosikal dengan pilihan paparan video, gambar, muzik, sambungan telefon serta sambungan terus pada sistem navigasi GPS.

Bagi kami, ia adalah teknologi yang sangat bagus dan mampu menjadikan tunggangan lebih selamat. Hanya masa yang akan menentukan HUD ini akan memaparkan imej di belakang menggunakan kamera serta mungkin imej hadapan dengan fungsi inframerah pada waktu malam.

Sekurang-kurangnya, itulah yang kami impikan sebagai rider.

BACA: TEKNOLOGI HELMET ARAI, PATUTLAH MAHAL

BACA: HELMET EDISI KHAS ISLE OF MAN

 

 

Google ads
Back to top button