Buletin

POLIS SEPANYOL SERBU BENGKEL FERRARI DAN LAMBORGHINI PALSU

Kita biasa dengar kerja plagiat kereta ni yang pakar datangnya dari negara China. Sebutkan saja, dari Yamaha R25 sampai Range Rover Evoque dan Pagani Huayra, semuanya boleh jadi versi “murah”. Tapi lain pula cerita yang berlaku di Spanyol.

BACA: R25 YAMACHINA JADI-JADIAN

BACA: EVOQUE JADIAN LANGGAR EVOQUE ORI

Sebuah bengkel tempatan di daerah Girona, Sepanyol telah diserbu pihak polis kerana menjalankan perniagaan yang salah, mereka membina kereta supercar terkenal Ferrari dan Lamborghini tiruan dan menjualnya di pasaran terbuka.

Sebanyak 18 buah kereta dirampas dan tiga individu ditahan dalam serbuan tersebut. Empat buah Ferrari telah siap sepenuhnya dan sudah bersedia untuk dijual sementara 14 unit lagi sedang dalam pembinaan.

Polis mendapat maklumat berdasarkan aduan awam di mana sebuah kereta “Ferrari” diiklankan pada harga 41,000 Euro, terlalu murah untuk sebuah Ferrari asli, walaupun dalam keadaan separuh nyawa sekalipun.

Kereta ini dibina kebanyannya dari platform Toyota dari pelbagai model berbeza. Ada juga yang dibina dari kereta Peugeot. Walaupun tidak diberitahu sebab rampasan secara khusus, kami percaya ia disebabkan isu hak intelek berbanding penipuan jualan.

Bukan senang nak tiru kereta konfigurasi enjin belakang melainkan anda dapat curi semua mesin stamping dari kilang asal. Dan siapa yang kena tipu beli kereta ni tapi tak sedar ia sebuah Corolla ke Peugeot 408 ke memang dungu tak boleh ampun.

BACA: PAGANI HUAYRA KUASA EV DARI CHINA

BACA: KERETA KLON< JANGAN KENA TIPU DER!

Google ads
Back to top button