Buletin

KEMPEN CNY LEADERS OF THE PACK VW – TAWAR REBAT TUNAI SEHINGGA RM18,000!

Tahun Baru Cina kali ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai keluarga Volkswagen menerusi Kempen Tahun Baru Cina “Leaders of the Pack”.

Kempen itu bukan sahaja menawarkan rebat menarik ke atas rangkaian model Volkswagen. Malah, mereka yang menempah dan mendaftar kereta Volkswagen mereka sebelum 28 Fabruari akan menerima kad petrol ‘Liquid Gold’ bernilai RM1,188 – yang bersamaan dengan perjalanan lebih 10,000km*. 

250 orang pelanggan pertama yang menempah dan mendaftarkan kereta mereka juga dihadiahkan dengan LEGO Volkswagen T1 Camper Van edisi terhad.

Rebat tunai maksimum ke atas model-model terpilih adalah seperti berikut, sehingga stok masih ada.

Model Rebat Tunai Tambahan  
Beetle Design RM 5,000  
Jetta Comfortline RM 10,000  
Jetta Highline RM 8,000  
Passat Trendline RM 18,000 Kadar faedah serendah 0.88% setahun.
Passat Comfortline  RM 18,000
Passat Highline RM 6,000
Polo RM 7,000  
Tiguan Comfortline RM 5,000  
Tiguan Highline RM 3,000  
Vento Trendline RM 10,000  
Vento Comfortline RM 10,000  
Vento Highline RM 9,000  

Bermula 1 Januari 2018, semua kenderaan Volkswagen hadir dengan program penyelenggaraan percuma selama tiga tahun. Ini bermakna pelanggan tidak perlu bimbang tentang kos servis pada tiga tahun pertama pemilikan atau perbatuan sejauh 45,000km (mana-mana tiba dahulu). 

Program ini merangkumi semua kos pepnyelenggaraan seperti dalam jadual servis standard. Namun ia tidak termasuk alat ganti pakai lusuh seperti cakera brek, pad, bilah pengelap cermin dan mentol.

Untuk layak ke atas promosi dan hadiah, semua tempahan kenderaan mesti dibuat dalam tempoh promosi. Tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada.  

Maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar sah terdekat atau layari laman web: www.volkswagen.com.my

*Berdasarkan penggunaan bahan api Jetta 1.4 TSI pada 5l/100km dan harga bahan api semasa iaitu RM2.29/l (RON95).

Google ads
Back to top button