Buletin

KIA GRAND CARNIVAL CKD – HARGA SAMA, CIRI LEBIH BAIK

Naza Kia Malaysia hari ini memperkenalkan Kia Grand Carnival versi pemasangn tempatan (CKD) ke pasaran tempatan.

Apa yang menarik, MPV tersebut kini tampil dengan ciri yang telah ditambah baik, tetapi harganya kekal sama. Kia Grand Carnival CKD ditawarkan dalam dua varian iaitu EX dan KX.

Harganya ialah RM161,191 untuk varian KX dan RM180, 667 bagi varian EX (harga di atas jalan tidak termasuk insurans).

Sesuai untuk rakyat Malaysia yang mahu terhubung sepanjang masa, MPV itu dilengkapi sistem infotaimen skrin sentuh bersaiz 8 inci. Ia boleh disambungkan dengan telefon pintar anda menerusi Apple Carplay dan Android Auto. Jadi anda boleh mengakses fungsi telefon pintar seperti navigasi, panggilan, mesej dan muzik.

Ia kini juga dipasang dengan ketersambungan Bluetooth dan butang kawalan pada stereng. Cermin pandang belakang anti silau pasti memberi keselesaan kepada pemandu ketika memandu pada waktu malam.

Satu lagi penambahbaikan ialah penggunaan bilah penggilap cermin Aeroblade dan pendingin hawa tiga zon pada varian KX.

Kia Grand Carnival CKD sudah boleh didapati di semua pengedar sah Kia di seluruh negara.

Google ads
Back to top button