Buletin

KEMPEN HARGA RUNTUH MODEL PEUGEOT

Nasim Sdn. Bhd., pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia mengumumkan harga baharu  Peugeot 308 THP Active iaitu RM119,888.

peugeot-308-thp Active - mekanika (3)

Dalam perkembangan sama, Nasim turut menawarkan menawarkan penjimatan sehingga RM32,000 untuk model 308 THP Turbo keluaran tahun 2015.

“Model 308 THP adalah produk antara tiga teratas paling laris dan menyumbang 14 peratus dalam rekod jumlah jualan tahun lalu.

peugeot-308-thp Active - mekanika (1)

“Kini kami menawarkan ia pada harga lebih menarik bersama peralatan teknologi dan keselamatan tertinggi,” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotif Naza, Naza Corporation Holdings, Datuk Samson Anand George.

Malah, 50 orang pembeli terawal layak menerima potongan harga RM2,000.

Peugeot-kempen-CNY-mekanika (2)

Selain itu, mereka yang memilih Peugeot 408 Turbo turut dapat menjimatkan wang sebanyak  RM32,888. Tawaran berkenaan adalah sebahagian daripada musim perayaan Tahun Baru Cina.

Dilengkapi dengan ciri yang cukup luas dan prestasi enjin solid, 408 Turbo memberikan prestasi yang tiada tandingan, ruang, elegan dan keselamatan tahap tertinggi serta kualiti premium.

Peugeot-kempen-CNY-mekanika (1)

Lain-lain model di bawah kempen ini ialah Peugeot 508 THP, Peugeot 5008 MPV, Peugeot 308 THP dan Peugeot 2008 Urban SUV.

Kesemua model Peugeot didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan bersama servis Peugeot Assistance 24 jam. Pemilik Peugeot juga memiliki akses percuma di Peugeot Lounge, Lapangan Terbang Subang dan keahlian Peugeot Privilege .

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button