Motosikal

PEACE SIXTY2 MR MARTINI

Mr Martini menghasilkan model motosikal keduanya. Kali ini menggunakan  Scrambler Sixty2. Sebelum ini, Martini melakukan modifikasi pada model Ducati Scrambler Cafe Racer.

peace-sixty2-martini-mekanika (1)

Pada projek kali ini, pengertian cafe racer itu semakin terserlah berkat fairing model sekitar 1960-an.  Penggunaan skrin penghalang angin Plexiglas membolehkan lampu hadapan dilihat. Malah mendedahkan lampu LED di sekelilingnya.

Sub rangka belakang juga direka semula untuk menyokong bahagian hujungnya menggunakan gentian kaca. Sekali gus mentranformasi jentera itu kepada pelana tunggal. Rekaan pelana tiga pad berwarna merah menyerlahkan keunikan cafe racer itu.

peace-sixty2-martini-mekanika (3)

Martini turut memilih sistem ekzos Termignoni untuk dipadankan dengan jentera berkenaan. Jalur perlumbaan pelangi pada tangki minyak melengkapkan tema keamanan jentera itu.

Dikemas kini dengan dua tona skim warna dan nombor perlumbaan 62 yang dikelilingi dengan lirik lagu Imagine oleh John Lennon.

peace-sixty2-martini-mekanika (2)

Sentuhan tersebut jelas menyempurnakan lagi identiti model cafe racer ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button