Buletin

KEMPEN “PASSION FOR PORSCHE” PETRON

Jika anda seorang peminat Porsche, sekarang adalah masa terbaik untuk mengunjungi mana-mana stesen minyak Petron. Esso atau Mobil di seluruh negara. Sebabnya, Petron Malaysia Malaysia baru sahaja melancarkan kempen “Passion For Porsche” yang menawarkan kereta maniatur Porsche edisi terhad sehingga 31 Disember, 2013. 

Launch Photo

Koleksi “Passion For Porsche” terdiri daripada model klasik serta model semasa Porsche iaitu Cayenne, 911 Carrera S, GT3, Cayman S dan Panamera. Kereta mainan berskala 1:32 ini diperbuat daripada logam berkualiti tinggi dengan fungsi yang tidak ada pada model-model lain.

Jangan tak percaya, model Porsche tersebut dilengkapi cip bunyi, lampu depan dan belakang LED, bunyi enjin, hon dan penggera kereta. Apabila pintu depannya dibuka, penggera akan dihidupkan. Sementara lampu depan dan belakang juga akan menyala. Memang cool!

SONY DSC

“Petron Passion For Porsche diperkenalkan untuk menghargai pelanggan terutama ahli kad kesetiaan Smiles yang kini berjumlah 1.5 juta orang. Promosi ini adalah komitmen kami untuk memberi lebih nilai dan pengalaman unik bersama Petron kepada para pelanggan,” jelas Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Faridah Ali.

Kereta mainan koleksi Porsche ini boleh diperolehi dengan menggunakan mata Smiles atau kombinasi mata Smiles dan wang tunai. Pelanggan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 20 mata Smiles serta wang tunai  RM19.90. Dengan 1,000 mata Smiles, anda hanya perlu membayar RM9.90. Pelanggan juga boleh memiliki kereta mainan itu secara percuma dengan 2,000 mata Smiles.

SONY DSC

Selari dengan pelancaran kempen tersebut, Petron Malaysia juga mengadakan siri jelajah selama tiga hari bertempat di ruang legar pusat beli-belah 1Utama. Pengunjung boleh bergambar dengan sebuah kereta Porsche. Ia turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif untuk keluarga.

Bagi menyemarakkan lagi kempen ini, Petron menjemput semua ahli kad Smiles menyertai peraduan #macamreal. Mereka hanya perlu merakam saat istimewa mereka bersama kereta mainan Passion for Porsche dan memuat naik foto tersebut ke laman web: www.macamreal.com.

SONY DSC

Selepas dimuat naik, foto itu hendaklah dikongsi bersama kawan-kawan mereka di Facebook dan Twitter dengan menggunakan hashtag #macamreal. Lima foto yang memperoleh paling banyak Likes di Facebook akan mendapat mata Smiles dan peluang menaiki kereta Porsche. Peraduan #macamreal berlangsung dari 1November hingga 30 November 2013.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button