Buletin

KEMPEN ‘SEIZE THE DEAL’ SDAC-FORD TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA RM113K! 

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini melancarkan kempen ‘Seize the Deal’ yang menawarkan rebat hebat sehingga 17 peratus, selain pengurangan GST enam peratus ke atas model-model terpilih Ford.

Menerusi promosi yang menarik ini, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM113,000.

Sah di seluruh negara untuk semua varian Ford Mustang, Fiesta dan Ranger, promosi ini melibatkan kenderaan yang didaftarkan mulai sekarang hingga 31 Ogos 2018.

Melalui kempen ini, Ford Mustang ditawarkan pada harga bermula RM396,271 dengan penjimatan sehingga RM113,000 (rebat sehingga 13 peratus dan sifar GST).

Didatangkan dalam dua varian iaitu GT 5.0L dan 2.3L EcoBoost, pelanggan yang membeli Mustang daripada pengedar sah SDAC-Ford akan menikmati jaminan pengilang selama tiga tahun.

Ford Fiesta pula boleh didapati pada harga promosi bermula RM68,401. Pelanggan boleh menikmati rebat sehingga 17 peratus, di samping kadar sifar GST untuk mendapat penjimatan mencecah RM20,300.

Pelanggan yang mahukan trak pikap Ranger yang lasak boleh menikmati rebat sehingga 10 peratus dan sifar GST. 

Gabungan ini memberi penjimatan sehingga RM19,830 pada harga bermula RM70,910. Ranger boleh didapati dalam 10 varian termasuk FX4, XLT, XL dan Standard.

Google ads
Back to top button