Buletin

KEMPEN SERVIS KHAS TOYOTA

Toyota Motor Corporation (TMC) mengumumkan Kempen Servis Khas secara global. Kempen itu melibatkan isu butang kawalan utama tingkap berkuasa elektrik pada 21 Oktober lalu.

toyota-kempen servis-mekanika (2)

UMW Toyota Motor juga mengesahkan akan melanjutkan Kempen Servis Khas berkenaan di Malaysia. Pengedar jenama Toyota di Malaysia itu telah menerima pengesahan sebanyak 66,830 unit kenderaan terlibat.

Model tersebut ialah Toyota Vios, Toyota Corolla Altis, Toyota Camry, Toyota Yaris dan Toyota RAV4 yang dikeluarkan pada September 2005 hingga Disember 2010.

toyota-kempen servis-mekanika (1)

Demi memastikan keyakinan dan ketenangan fikiran pelanggan, UMW Toyota  akan menghubungi semua pelanggan yang terjejas.

Pihak Toyota juga bersedia dengan langkah-langkah membaik pulih. Sekiranya terdapat suis yang rosak, bahagian berkenaan akan diletakan dengan minyak khusus. Namun, jika butang tingkap berkuasa elektrik itu menunjukan tanda-tanda kerosakan,  papan suis akan digantikan secara percuma.

Pelanggan boleh menghubungi Talian Bebas Tol Toyota: 1800-8-869682 untuk maklumat lanjut.

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button