
KENAPA BELI? LANGGAN KERETA DENGAN GOCAR SUBS. KINI LEBIH MAMPU MILIK
GoCar, platform peneraju perkongsian kereta berdasarkan kepada permintaan di Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah meningkatkan dan mengembangkan program langganan keretanya serta dijenamakan semula sebagai GoCar Subs.
Dilancarkan pada Jun 2019 – pertama seumpamanya di dalam negara – GoCar Subs bermatlamat untuk menawarkan alternatif yang mampu milik dan mengatasi cabaran pemlilikan kereta pada hari ini.
GoCar Subs kini mempunyai pilihan kenderaan daripada sedan, crossover SUV dan trak pikap. Ia melibatkan jenama tempatan, Jepun dan Eropah seperti Perodua, Proton, Nissan, Toyota, Honda, Volkswagen dan Renault.
Semua kenderaan itu diperiksa secara bebas demi memastikannya berada dalam kondisi terbaik dan memenuhi standard yang dimahukan oleh pelanggan.

Pelan langganan merangkumi tempoh mingguan, bulanan, 12, 24 atau 36 bulan. Semakin lama kontrak, kos menjadi semakin rendah dan mampu milik.
Bayaran tersebut sudah merangkumi insurans, cukai jalan, servis, penyelenggaraan berkala dan pemeriksaan kereta yang dinilai secara bebas.
Sebagai satu program langganan, pelanggan GoCar Subs tidak perlu bimbang tentang bayaran muka yang tinggi, kadar faedah bank, terikat dengan tempoh pinjaman yang panjang dan penyusutan nilai kenderaan.
Seperti mendapat moratorium selama enam bulan lagi
GoCar Subs turut melancarkan satu modul rundingan percuma di mana pelanggan boleh memilih untuk menjual kereta mereka kepada GoCar Subs dan enam bulan bayaran langganan dibayar menerusi proses penukaran atau trade-in.
Mereka boleh memilih daripada senarai kereta yang ada di dalam garaj GoCar Subs atau melanggan semula kereta sendiri. Apa yang paling menarik? Pelanggan boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa sahaja.

Langkah itu dapat membebaskan pelanggan daripada tempoh pinjaman yang panjang, kadar faedah dan penyusutan nilai keneraan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara, pinjaman kenderaan menjadi antara punca utama masalah muflis di Malaysia.
Dengan GoCar Subs, pelanggan mempunyai kebebasan dan fleksibiliti kerana mereka tidak perlu bimbang tentang yuran langganan yang boleh menjejaskan CCRIS.
Bukan itu sahaja, GoCar Subs memberi kebebasan kepada pelanggan untuk mengakses kenderaan yang mampu milik tanpa perlu membuat komitmen dalam tempoh yang lama.
Mereka yang berminat dengan khidmat nasihat percuma ini hanya perlu menghantar perincian ke laman web GoCar Subs yang baru dilancarkan. Seorang perunding produk akan menghubungi anda dalam masa 24 jam untuk memberikan bantuan.
Sebagai tambahan, melalui laman web khas GoCar Subs (www.gocarsubs.com), pelanggan boleh mendaftar satu akaun langganan baharu, memilih kenderaan dan pelan langganan, melengkapkan proses langganan, mengetahui status langganan secara dalam talian dan menguruskan bayaran.

Semua permohonan akan diproses dalam masa 24 jam. Sebaik sahaja diluluskan, pelanggan akan menerima kenderaan dan memulakan langganan dalam masa 14 hari.
Untuk meningkatkan aspek keselamatan dan memudahkan pelanggan, GoCar Subs turut menawarkan perkhidmatan penghantaran kereta, serta ambil dan hantar bagi tujuan servis dari pintu ke pintu.
Perkhidmatan ini disediakan secara percuma kepada pelanggan di Lembah Klang yang melanggan pelan 12 bulan dan ke atas. Pelanggan juga tidak perlu bimbang kerana semua kenderaan akan disanitasi sebelum diserahkan kembali kepada mereka.
Satu lagi ciri baharu dalam GoCar Subs ialah pilihan tambahan di mana pelanggan boleh memilih untuk meningkatkan aspek keselesaan dan kemudahan mereka.
Apa yang ditawarkan sekarang ialah akses ke Singapura dengan hanya RM8 sebulan (meliputi lanjutan perlindungan insurans), filem tinted RM28 sebulan dan perlindungan kemalangan sepenuhnya dengan RM99 sebulan (tiada yuran lebihan akan dikenakan jika berlaku kemalangan).
GoCar Subs terbuka kepada seluruh rakyat negara ini dan mereka yang menetap di Malaysia (lesen memandu antarabangsa diterima). Untuk melanggan, pemohon hanya perlu menghantar salinan lesen memandu, kad pengenalan atau pasport, slip gaji tiga bulan, penyata KWSP dan penyata bank 3 bulan.
Untuk tempoh terhad, pelanggan yang melanggan pelan 12, 24 dan 36 bulan serta membuat pembayaran sebelum 31 Ogos layak menerima pengurangan sebanyak 50 peratus bagi tiga bulan pertama. Daftar sekarang di www.gocarsubs.com