Artikel Pilihan

KERETA YANG PALING LAMA DIHASILKAN & LAKU KERAS

Apabila pengeluar kereta berjaya menghasilkan satu rekaan yang cukup elegan dan memenuhi semua kriteria yang diperlukan, mereka akan terus menghasilkan kereta tersebut dalam satu tempoh masa yang cukup lama. “if ain’t broke, why fix it?” agaknya inilah mantra yang digunakan.

Walaubagaimanapun kereta yang kami senataikan ini tetap menjalani beberapa perubahan kecil dalam kemaskini profuk bagi memastikannya terus kekal relevan. Ye lah, rekaan dah cantik, jualan memberansangkan, keuntungan yang besar dan model tersebut sudah menjadi trend culture menyebabkan model ini terus dihasilkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

1. Land Rover Defender – cesi asalnya mula direka dan dihasilkan semenjak tahun 1940 lagi namun model pertama dilancarkan secara rasmi di Amsterdam Motorshow 1948 lagi. Ia telah berada dalam pengeluaran selama 67 tahun dengan cesi dihasilkan dari keluli dan kabin daripada aluminium menjadikannya susah untuk berkarat, tahan lasak dan disukai oleh pasukan keselamatan.

Pengeluaran unit terakhir adalah pada 29 Januari 2016 dengan 2 juta unit telah dihasilkan dalam pelbagai varian. Model penggantinya dikenali dengan nama Lan Rover Defender 2020 dilancarkan pada bulan September 2019. Model asal terpaksa dihentikan berikutan ia gagal memenuhi spesifikasi keselamatan perlanggaran serta pengendalian.

2. Suzuki Jimny – merupakan jawapan Suzuki kepada kenderaan pacuan empat roda dalam saiz kei-car. Konsep asal kereta ini telah direka pada tahun 1968 dan mula dijual pada tahun 1970. Sehingga bulan September 2018 sebanyak 2.85 juta unit telah berjaya dijual di serata dunia menerusi 4 generasi iaitu LJ, SJ, JB23 dan terbaru JB64.

Rekaannya masih lagi kekal sama iaitu rekaan 2 kotak di atas cesi ladder frame dengan keupayaan 4×4 serta dikuasakan dengan pilihan enjin sekecil 360cc sehinggalah enjin paling besar bagi pasaran luar dengan pilihan enjin 1900cc. Generasi terbaru dikuasakan dengan enjin KB14 1400 cc atau 660cc turbo sudah cukup untuk menggerakkan 4×4 comel ini dengan berat sekitar 1000kg.

3. Mercedes G Wagon – dihasilkan mulai tahun 1979 khusus untuk kegunaan tentera oleh Mercedes, namun beberapa pelanggan VVIP mahukan sebuah 4×4 mewah maka Mercedes menghasilkan G-Wagon versi awam yang telah ditambah baik dalam semua aspek. Namun ia bukanlah dihasilkan di kilang Mercedes, namun dikeluarkan oleh contract assembler Magna Steyr.

Ia meupakan satu-satunya model Mercedes yang menggunakan cesi ladder frame dengan kabin dipasang di atasnya, sama seperti Hilux. Disebabkan ia merupakan model mewah, hanya 300,000 unit dikeluarkan dalam tempoh 49 tahun pengeluaran dengan menerima beberapa kemaskini. Varian paling ekstrim menggunakan konfigurasi 6×6 dengan enjin V8 AMG 5200cc bi-turbo.

4. Lada Niva – ia mula direka dari tahun 1971, memasuki fasa prototaip pada tahun 1973 dan mula dipasarkan pada tahun 1977 sehingga ke hari ini. Bermula dari dulu ia ditawarkan dalam 4 varian enjin bermula dari 1600cc sehingga 1900cc. Transmisi yang disediakan ialah 4 kelajuan automatik ataupun 5 kelajuan manual dengan keupayaan sistem 4×4.

Data dari laman sesawang Lada mendapati ia masih lagi dijual dengan sambutan yang menggalakkan kerana pada tahun 2018 360,204 unit terjual di seluruh dunia. Walaupun berasal dari Rusia namun ia juga dipasang di Amman, Jordan, Romania, Ukraine dan beberapa negara yang memiliki hubungan baik dengan Russia.

5. Peugeot 405 – ia merupakan produk yang dihasilkan oleh Pininfarina dan mula dijual dari tahun 1987. Ia mendapat anugerah European Car of The Year pada tahun 1988 dengan pencalonan paling tinggi dalam sejarah. Model 405 dijual dalam varian pemanduan sebelah kanan dan kiri dalam bentuk sedan, wagon dalam konfigurasi pacuan depan dan AWD.

Walaupun pengeluaran rasmi ditamatkan pada tahun 1997, syarikat luar negara seperti Iran melalui syarikat Khodro dan juga di Mesir melalui syarikat Abaza menjadikan sebanyak 2.5 juta unit model 405 ini dihasilkan di seluruh dunia.

6. Toyota Corolla – Generasi pertama dihasilkan bermula dari tahun 1966 yang merupakan usaha pertama Toyota menghasilkan sebuah kereta mampu milik bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan keperluan domestik Jepun selepas perang. Model pertama ini dikuasakan oleh enjin 1100cc dengan 4 kelajuan manual ataupun 2 kelajuan automatik

Sehingga ke generasi ke 12, Corolla dijual sebanyak 44.1 juta unit dengan di 150 buah negara dengan fasiliti pemasangan terdapat di 15 negara yang berbeza. Model terkini boleh didapati dalam bentuk sedan, wagon dan juga hatchback dengan 4 pilihan enjin (1.2, 1.6, 1.8, 2.0) dan 3 pilihan transmisi

Google ads
Back to top button