
ELON MUSK SEDIA LEPASKAN TWITTER PADA NILAI RM88 BILION
E-mel Elon Musk kepada pekerja Twitter mendedahkan bahawa beliau sedia meletakkan nilai Twitter pada AS$20 bilion (RM88 bilion).
Nilai tersebut adalah kurang daripada separuh AS$44 bilion (RM194 bilion), harga dibayar oleh Elon Musk ketika mendapatkan platform media sosial itu lima bulan lalu.
Elon Musk, yang juga ketua eksekutif Tesla dan kumpulan SpaceX, berkata bahawa Twitter akan membenarkan pekerjanya membuat tunai dalam saham setiap enam bulan.

Menerusi e-mel kepada pekerja, Elon Musk memberitahu platform itu menghadapi masalah kewangan begitu teruk sehingga pada satu ketika ia berada di ambang muflis.
Beliau turut memetik kerugian sebanyak AS$1.5 bilion (RM6.5 bilion) setahun dan dibebani hutang.
Untuk rekod, sejak mengambil alih Twitter, Elon Musk telah memberhentikan sejumlah pekerja daripada 7,500 pekerja kepada kurang 2,000.
Pertanyaan dihantar oleh AFP melalui e-mel ke jabatan komunikasi Twitter untuk mendapatkan maklumat lanjut, bagaimanapun hanya direspon automatik dalam bentuk emoji tahi.
- BACA: PELANGGAN ANGGAP TESLA SEBAGAI ‘PENGELUAR DARI NERAKA’ – SEMAKIN KECEWA DENGAN ELON MUSK DAN TESLA
- BACA: ELON MUSK CIPTA REKOD INDIVU ‘KEHILANGAN HARTA PERIBADI TERBESAR DALAM SEJARAH’
- BACA: PELANGGAN TESLA SANGGUP TUKAR JENAMA LAIN – SEMAKIN MELUAT DENGAN PERANGAI ELON MUSK
- BACA: SIAPA ELON MUSK NI? – LOYER, MAJISTRET ATAU DOKTOR AYAM?