Buletin

AUTO BAVARIA PENANG BUKA PUSAT SERVIS FAST LANE UNTUK PELANGGAN BMW DAN MINI

Auto Bavaria Penang yang merupakan sebahagian daripada rangkaian pengedar sah terbesar jenama kenderaan BMW dan MINI di wilayah Utara baru-baru ini memperkenalkan Pusat Servis Fast Lane pertama di Malaysia. 

Terletak di Jalan Sungai Pinang, Pulau Pinang, kemudahan itu melengkapkan lagi perkhidmatan yang diesediakan di pusat servis utama di Jalan Anson. Pusat tersebut menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan dalam masa yang singkat. 

Berkeluasan 30,000 kaki persegi, ia mempunyai sebuah lounge premium untuk pelanggan berhawa dingin, enam ruang servis dan dua kawasan RATC (recepption at the car). Pusat berkenaan mengkhusus dalam menjalankan servis pantas melibatkan penyelenggaraan, penukaran komponen wear and tear, pembaikan kosmetik dan banyak lagi. 

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto Bavaria, Vi Thim Juan, konsep servis pantas itu bertujuan membantu pelanggan mengoptimumkan masa mereka. Kos servis atau pembaikan serta tempoh akan diterangkan terlebih dahulu kepada pelanggan ketika mereka ingin membuat tempahan slot. 

“Jadual servis yang fleksibel membolehkan pelanggan membawa kereta pada masa yang sesuai untuk mereka. Kereta juga akan disiapkan dengan pantas ketikapelanggan menikmati minuman di lounge yang kami sediakan,” katanya. 

Sempena pembukaan kemudahan baharu itu, pelanggan yang menghantar kereta untuk diservis bermula 1 hingga 31 Mei akan menerima pemeriksaan 72 poin secara percuma. 

Pusat Servis Fast Lane BMW dan MINI beroperasi enam hari seminggu bermula 8.00am hingga 5.00pm (Isnin-Jumaat) dan 8.00am hingga 12.30pm pada Sabtu. Malklumat lanjut, sila hubungi talian 04-2932 888. 

Google ads
Back to top button