Artikel PilihanBuletin

KENAPA LOTUS EVORA 400 IALAH LOTUS TERBAIK SETAKAT INI? (+ video)

Menjadi model produksi Lotus yang paling berkuasa setakat ini, Lotus Evora 400 merupakan sebuah mesin luar biasa berbanding model-model Lotus terdahulu dalam pelbagai aspek.

Lotus-Evora-400-mekanika (3)

Dua pertiga komponen Lotus Evora 400 adalah baharu, termasuklah enjin 3.5 liter V6 dengan sistem pengecas lampau dan charge cooled itu.

Kuasa enjin telah ditingkatkan 345hp kepada 400hp @ 7,000rpm. Manakala kuasa torknya pula dinaikkan kepada 410Nm yang boleh dicapai di antara 3,500 hingga 6,500rpm.

Lotus-Evora-400-mekanika (1)

42kg lebih ringan berbanding model terdahulu, jentera ini menggunakan chasis aluminium serba baharu. Malah badan komposit ringan pada  bahagian hadapan dan belakangnya juga telah disemak semula.

Aspek dinamik dan kepantasan dapat dicapai menerusi talaan semula pegas gegelung dan peredam. Dengan sistem LSD dan angka downforce 32kg pada kelajuan 242km/j, Lotus Evora 400 merupakan jentera paling pantas dalam kelas A dan B.

Lotus-Evora-400-mekanika (2)

Lotus Evora 400 juga menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih tajam dan fokus. Video bertajuk “Lotus Evora 400 – From Road To Track, It’s Superior” ini membuktikan keupayaannya. Enjoy!

 

 

Google ads
Back to top button