Artikel Pilihan

US KENAKAN TARIF CUKAI 100% PADA KERETA ELEKTRIK BUATAN CHINA. PAK BIDEN CUAK

Presiden Amerika Joe Biden telah mengenakan cukai terhadap beberapa produk buatan China merangkumi kereta elektrik, sistem bateri termaju, sel solar, aluminium, keluli dan peralatan perubatan mulai hari Selasa. Langkah ini dijangka akan mengeruhkan lagi hubungan antara 2 negara ini

 Presiden Joe Biden juga menyatakan salah satu sebab langkah ini dibuat ialah kerajaan China telah mensubsidikan pembangunan kereta elektrik China, menyebabkan syarikat automotif China tidak perlu risau berkenaan dengan keuntungan secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada syarikat China

Biden mendakwa syarikat Amerika boleh bekerja keras dan berdaya saing, selagi berada dalam persaingan yang sihat. Bagi kes syarikat automotif China, Biden mendakwa subsidi yang diberikan oleh kerajaan China adalah penipuan terancang

Tarif cukai yang baru ini adalah salah satu usaha kempen pilihanraya presiden antara Biden dan juga Trump bagi menunjukkan siapa yang lebih mampu menunjukkan taring kepada China. Antara faktor ketakutan Biden ialah kemampuan syarikat China menjual EV semurah 12,000 USD seunit dan tidak mampu ditiru oleh syarikat US

China juga memiliki kapasiti untuk menghasilkan sel solar, kilang pembuatan keluli, aluminium yang berupaya memenuhi keperluan industri automotif mereka. Dibawah strukur cukai baru, kereta elektrik buatan China akan dikenakan cukai sebanyak 102.5% berbanding dengan 27.5% sebelum ini

Komponen sel solar pula akan dinaikkan kepada 50%, keluli serta produk aluminium dinaikkan kepada 25% dan cip komputer pula akan diberikan tarif 50%. Komponen penting lain seperti bateri ion lithium pula akan naik dari 7.5% kepada 25%.

Google ads
Back to top button